“BUKAN
CINTA HALAL”
By:
Ctieynor
<Mencintainya Dengan Mencintai Pencipta-Nya>
Cintailah aku kerana Agamaku – Ain Nazrah
Cintaku hanyalah seketika Cuma- Ahmad Hulwan Fatih
Part 1
Ain Nazrah tergesa-gesa membuka
langkahnya secepat yang mungkin, peluh yang merenik di dahi dikesat dengan
hujung baju kurung cotton berbunga-bunga kecil berwarna hijaunya. Dari DKG 6
hingga ke DKG 3 dia berjalan kaki untuk
kelas yang keseterusnya. Menyesalnya dia tidak bijak mengatur jadual kuliah
dengan betul, hanya menerima bulat-bulat jadual yang di beri pihak Univeristi
Utara Malaysia pada masa orientasi lepas. Budak sem 1 macam dia mana tahu kena
susun balik jadual. Akibatnya, terpaksalah dia terkejar-kejar untuk ke satu
kelas dan kelas berikutnya, tak ada ruang langsung. Dah lah pensyarahnya tadi
selalu lewat lepaskan pelajar. Dalam sibuk merungut pasal jadualnya yang baik
punya tu, dia ternampak Mimi Nabila roommatenya yang bersenang-lenang kat Lego.
Eh tak masuk masuk kelas lagi ke Mimi ni. Ke kelas batal?. Telah hatinya.
“ Mimi buat apa kat sini ?. Kan
dah lewat ni jom kita masuk kelas? ”.
Ajak Ain Nazrah kepada rakannya, Mimi. Dilihatnya Mimi masih enak bersantai
dengan minuman Coke ditangan. Sedangkan dia terkocoh-kocoh hendak ke kelas
Hubungan Etnik, dah lewat 10 minit lebih dah nie.
“ Kau masuklah dulu, kejap lagi aku
menyusurlah ”. Jawab Mimi malas, sambil meneguk air coke dengan penuh nikmat.
Dia memang selau lewat masuk kelas, bosan katanya masuk kelas awal, bosan
dengar lecture membebel. Lagipun dia tengah tunggu seseorang ni.
“ Tapi kan dah lewat ni Mimi, jomlah kita
masuk sekali ”. Pujuk Ain lagi. Dia memang dah sedia maklum Mimi memang liat
nak masuk kelas. Tapi tetap dia nak pujuk!.
“ Kau ni Ain, aku cakap kejap lagi
maknanya kejap lagi lah. Memang tak faham Bahasa Melayu erk? ”. Mimi mula nak
membentak, bercakap dengan Ain membuatkan dia rasa sakit jiwa. Gadis kecik
molek didepannya ni memang lemah lembut orangnya dan suka buat amal kebaikan.
Hari-hari menegurnya. Buat ini salah, buat itu salah, apa kejadahnya yang betul
pun dia tak tahu.
“ Tapi...”
“ Arghhh... tak ada tapi-tapi, dah lah
Ustazah kau pergi masuk kelas.. lagi lama kau menye...”. belum sempat Mimi
menyudahkan ayat menghalau Ain Nazrah, seorang jejaka dari arah belakang datang
menyapa.
“ Hai Mimi sayang dah lama you tunggu?
Sory eh I lambat sikit, Si Arraf ni hah lembab macam siput, jalan macam Mak
Nenek ”. Ucap Ahmad Hulwan Fatih, sambil mengambil mengambil tempat disebelah
Mimi. Senyuman manis dihulurkannya.
“ Eh aku pulak yang disalahkan!! ”.
Padahal Fatih ni hah sangkut yang dengan awek mana entah tadi. Aku plak yang
jadi bahananya, kurang asam punya kawan. Bentak Arraf dalam diam, tak berani
nak luahkanya, sebab Fatih tu mesin ATM bergeraknya dikala susah dan senang.
Jadi dipersalahkan pun, terpaksalah dia redha.
Ain Nazrah hanya memandang perbualan
Mimi dan kawan Mimi tu, dia tak kenal pun siapa mereka berdua. Macam manalah
nak kenal Ain Nazrah oii kehidupannya
hanyalah kuliah, perpustakaan,dan bertapa kat Dewan Pengginapan Bank Muamalat
tu je. Bisik hatinya sambil tersenyum simpul, mengenangkan rutin hidupnya sejak
dia datang belajar di UUM ni.
“ Takpe I pun baru sampai je ni. Nah air, kesian you nampak
tercungap-cungap je. Tak sabar nak jumpa
I erk ”. Ucap Mimi dengan nada suara
lentoknya sambil menghulurkan baki air coke yang tinggal separuh itu kepada
Fatih.
“ Nope
is ok honey, I tak penat pun. You minum lar ”. Tolak Fatih, sambil
matanya melirik ke arah gadis kecik molek yang berdiri sebelah Mimi. Manisnya
senyuman dia. Hati kecilnya mula berlagu. Kawan Mimi ke ni? Ada ke Mimi stok
kawan baik-baik macam ni?. Setahunya, Mimi seorang yang peramah terutamanya
dengan lelaki, kuat bersosial dan pandai menggoda jugak. Sebab inilah dia boleh
kamcing dengan Mimi yang dianggap teman tapi mesranya.
Matanya ligat memandang atas bawah,
atas bawah, menilai penampilan Ain. Berbaju kurung hijau, bertudung warna
seakanya, berkasut hitam dan kakinya
beralaskan stokin coklat. Urmm sangat menjaga aurat. Kulitnya pula putih
kemerah-merahan akibat dipanah sang matahari. Matanya sedikit kuyup, tetapi
masih elok pada pandangan matanya, hidungnya pula tidak terlalu tinggi dan
bibirnya itu merah merekah bak delima tanpa dicemari sebarang calitan liptisk.
Arghh cukup membuatkan hatinya terpukau dengan keindahan raut wajah gadis itu. Senyuman
manis hulurkannya tanda pengenalan, namun sayang hanya muka kaku gadis tersebut
menyambut senyumannya.
“ Kawan you ke tu? ”. Tanya Fatih, bila melihat tiada respon daripada gadis
itu apabila senyuman yang disedekahnya tidak dibalas.
“ Roommate
I, eh Ain yang kau tercegat kat sini apasal, kau nak ponteng kelas ke? ”.
“ Hahh!! ”. Hanya tu je yang keluar
mulut Ain Nazrah, sambil menbelek jam di tangan. Pukul 11.55 pagi. Alamak dah nak hampir setenggah jam
dia lewat!!. Kalut dia menyusun langkah kearah tangga untuk ke kelas En.
Hilaluddin. Belum pun kaki meyenggah tangga, laju dia berpusing balik untuk
mendapatkan Mimi.
“ Mimi kel... ”. Belum sempat Ain
Nazrah menyudahkan ayatnya, Mimi dah potong percakapanya.
“ Dah-dah kau pergi masuk kelas, kalau
En. Hilal tanya, cakap aku sakit perut! ”. Potong Mimi dengan suara lantang.
Ain nampaknya tak bercakap banyak lagi, terus badanya berpusing balik. Bukan
masa untuk memujuk, sedangkan dia pun sudah lewat. Mimi menghembus nafas lega,
bosan dengan sikap Ain yang suka memaksanya ke kelas.
Ahmad Hulwan Fatih tersenyum simpul
melihat telatah kelam-kabut ‘ Ain ’. Urmm nama agak sinonim dengan gadis Melayu
yang ala-ala ayu, fikirnya.
“ Lawa ya roommate kau Mimi, dia tu dah berpunya ke belum? Kenalkan aku
boleh? ”. Pinta Arraf dengan bersungguh-sunnguh. Dia terpesona dengan telatah
kawan Mimi tu, pada pandangan matanya, gadis itu sangat bersopan santun dan
pandai menjaga diri. Sempat juga dia usha gadis tadi dengan memberi jelingan
mata menggodanya, tapi tak dilayan.
“ Tak adanya Si Ain tu nak layan kau
yang otak tiga suku ni ”. Pangkah Mimi terus pada pertanyaan Arraf tu, gila Si
Ain yang ala-ala ustazah nak layan mamat buaya macam Arraf ni. Kirim salam
sajalah jawabnya. Selama tiga bulan sebilik dengan ain setahunya Ain tidak
pernah melayan mana-mana lelaki, asyik mengadap buku je kerjanya 24 jam, dia
yang melihatnya rasa nak terjeluak!. ” Yang you
pulak kenapa tersengih je dari tadi?”. Tegur Mimi kepada Fatih yang dari
tadi membisu tapi bibir itu elok pulak tersenggih-senggih je. Arraf pula buat
muka, selepas dia menghentam lelaki itu.
Suara lantang Mimi menyedarkan Fatih
daripada lamunan mengenangkan Ain. Ain, sempat lagi hatinya mengulang nama
tersebut. “ Teringatkan you lar
sayang. So, kita nak pergi makan kat mana ni? ” tanya Fatih terus, malas nak
berkias bagai lagi kerana mindanya ligat memikirkan agenda yang dia rencanakan tadi.
“ Kita pergi makan kat Jitra nak? I dah lama nak makan Spaggetti kat restaurant
tu ”. Pujuk Mimi ala-ala menggoda sambil
memegang lengan Fatih.
“ You
dah habis kelas ke, nak pergi makan jauh-jauh ni? ”. Tanya Fatih, sambil
mengerling jam tangan jenama Rolex kesayanganya itu. Baru nak masuk pukul 12
tengahari, dah habis kelas ke minah ni?. Guman hatinya. “ Habis kelas sekarang
ni you tak nak masuk la ni? ”. Tanya
Fatih lagi, tadi rasanya Ain kawan Si Mimi ni mengajak Mimi masuk ke kelas.
Sanggup skip kelas semata-mata nak lunch denganya. Hurmm
perempuan-perempuan. Ujarnya sambil mengelengkan sedikit kepala.
“ Tak nak lar, lagi pun ini first time I ponteng kelas dan ini kelas
terakhir I ”. Bohong Mimi, kali ni
dah masuk empat kali dia ponteng kelas,
dan sampai surat amaran dah pun.
Tanpa cakap banyak Fatih bangun dari
tempat duduknya. “ Kalau macam tu, jom lah ”. Ucapnya lalu beredar dari kawasan
Lego itu. Terkedek-kedek Mimi mengejar langkah Fatih. Arraf pula hanya menjadi
pak turut dari belakang. Dah memang tugasnya menjadi pengikut setia Ahmad
Hulwan Fatih itu.