Wednesday 19 February 2014

Bukan Cinta Halal Part 8


Mimi Nabila tergesa-gesa mengatur langkahnya, dia sudah terlewat untuk ke kelas. Kali ini dia tidak dapat ponteng lagi kelas, kerana sudah sampai dua surat amaran jika tidak dia akan di bar. Dalam kekalutannya, dia tersilau memandang ke arah Fatih yang nampak agak lesu duduk di meja laluan pejalan kaki bangunan Colgis. Terus di break langkah kakinya serta-merta.

“ Hai Fatih, seorang je? Mana Arraf? “ tegur Mimi, biasanya di mana ada Fatih di situ ada Arraf si pengikut setia. Tetapi hanya jungkitan bahu Fatih dibalas sebagai jawapan. “ Malam ni jom ke Butterworth ada night party sikit, “ ajak Mimi terus, tidak sedikit dia membuang masa. Dilihatnya Fatih memandang ke arahnya cuba berfikir macam hendak memberi jawapan.

You jangan risau, Cuma night party biasa je. Lepak-lepak, minum dengan kawan-kawan lepaskan stress and tension belajar, “  pujuk Mimi lagi.

Fatih diam memikirkan ajakkan Mimi, dah hampir seminggu selepas kejadian itu dia tidak berhubung dengan Ain. Sakit hati punya pasal, Ain pula tidak cuba memujuknya. Asyik dia saja memujuk Ain, tertunggu-tunggu jugak dia pujukkan daripada Ain. Namun, sehinnga hari ini Ain tidak menghubunginya. Hati dilandai kecewa, fikiran berserabut akhirnya dia bersetuju.

Mimi tersenyum kemenangan. Ada hadiah untuk Fatih dan ada kejutan buat Ain.
Mimi terasa sangat puas, puas melihat gambar Fatih berpeluk sakan dengan Nia, siapa yang tidak kenal Nia,? Perempuan liar dalam Universiti. Hatinya bagai tertusuk duri apabila mendapat tahu Fatih memilih Ain sebagai pasangannya. Dikeleknya ke hulu ke hilir, alih-alih stok yang baik-baik macam Ain juga yang diangkat sebagai teman istemewa. ‘ Orang bangsat macam kau ni, tak layak buat Ain dan Si bodoh Ain ini juga tak juga layak buat lelaki perasan bagus macam Fatih ni.  Kalau dia tak dapat kenapa mesti orang lain mesti dapat? ‘. Hati Mimi berbisik marah, koleksi gambar-gambar dihadapannya sudah cukup untuk menghancurkan perhubungan mereka berdua.

Pintu bilik dikuak perlahan oleh Ain, terkejut dia melihat Mimi berada dalam bilik sebelum dia pulang. Pelik dia melihat Mimi tersenyum sinis ke arah beberapa keping gambar dipegangannya.

“ Awal kau balik Mimi, dah habis ke kelas? “. Tegur Ain, terasa tidak enak pula dia tidak menghiraukan teman sebiliknya itu.

“ Hahh... Oo iya dah habis, “ segera dia memasukkan semula gambar-gambar panas itu ke dalam sampul surat. “ Tak keluar dengan Fatih ke hari ni,? “ sengaja dia bertanyakan soalan itu. Dia tahu Fatih dan Ain sekarang dalam krisis.

Pelik Ain mendengar pertanyaan Mimi, biasanya Mimi tak pernah sibuk mempedulikan halnya. Sebulan yang lepas Mimi telah lancarkan perang dingin kepadanya selepas mendapat tahu dia dan Fatih berpasangan. “ Tak, “ jawab Ain ringkas bersama gelengan kepala. Sudah lama dia tidak  outing dengan Fatih, menelefon pun tak sejak peristiwa itu. Dia mahu sejukkan hatinya dan memberi Fatih masa untuk bertenang terlebih dahulu.

“ Owh, patutlah aku ternampak Fatih keluar dengan minah lain beberapa hari ni, aku ingatkan itu kau, “ ucap Mimi leret, direbahkan tubuhnya atas katil. Dibiarkan Ain terpingga-pingga sendirian, wajah Ain mula bertukar sedikit keruh.

Ain ditimpa kegelisahan, duduknya tidak senang. Betulkah Fatih kembali pada sikap lama? Jika benar apa yang diperkatakan Mimi siang tadi dia harus bersemuka dengan Fatih, dia mahu menuntut janji-janji Fatih dulu?. Tanpa teragak-agak terus telefon dicapai, setelah seminggu nombor itu tidak menganggu hidupnya malam ini dia pula akan menganggu masa Fatih.

Tidak menunggu terlalu, panggilannya bersahut, seolah-seolah panggilan daripadanya turut dinanti-nantikan.

“ Assalamulaikum Ain, “ ucap Fatih teruja, terkejut dia menerima panggilan daripada Ain. Akhirnya, Ain mengalah jua, dia tadi turut memenggang telefon berkira-kira untuk menelefon Ain, tidak sangka Ain lebih pantas daripadanya.

“ Waalaikumusalam, Fatih apa khabar? “.

“ Sihat, dan sekarang lagi bertambah sihat, sayang sihat? “.
Terkedu Ain seketika, sayang? Dah terasa terlalu lama dia tidak mendengar perkataan itu. 
“ Alhamdulillah Ain sihat, Fatih buat apa hari ni,? “ terus Ain kepada soalan yang bermain-main dimindanya.

“ Urmm, hari ni macam biasalah pergi kelas, lepas habis kelas terus balik DPP, “ jawab Fatih jujur, bahagia rasanya apabila Ain mengambil berat soal dirinya.
“ Betul? Tak tipu,? “ soal Ain masih kurang percaya. Habis Mimi nampak siapa yang bersama Fatih? Hatinya mula tidak senang.

Kedengaran Fatih mendengus kecil. “ Ain, kalau Ain telefon nak mempersoalkan kejujuran Fatih baik Ain simpan kredit telefon Ain, kredit Ain tak membazir, hati Fatih pun tak sakit, “ mendatar suara Fatih memberi jawapan kepada Ain. Baru terasa nikmat bahagia tiba-tiba diragut dengan pertanyaan yang kurang cerdik oleh Ain, Fatih bosan.

Ain mengetuk-ngetuk dahi dengan jari telunjuknya, tersilap percaturan. “ Ok sory, Ain tak maksudkan begitu. Tak apalah, Fatih buat apa sekarang, tak study ke final exam kan dah tak lama? “. Cepat-cepat Ain mengalih topik, bimbang pergaduhannya menjadi peperangan pula, baru je nak menjernihkan keadaan.

“ Rileks lah dulu, kan masih awal lagi ni, nanti dekat nak exam tentu lecture bagi tips, baca yang tips tulah, “ mood Fatih kembali pulih, dia pun malas nak panjangkan pergaduhan. Selama seminggu ini sakit dia menangung rindu. “ Ain, dah lama Kita tak berjumpa. Fatih rindu Ain sangat. Tunggu Ain pujuk seminggu dulu baru Ain nak telefon, berjanggut Fatih tunggu tau, “ sambung Fatih lagi, bunyi rajuk masih lagi ada.

Pening kepala Ain dengan Fatih, macam-macam hal. “ Erkk, jumpa? Ain busy sikit sekarang ni Fatih. Assignment pun banyak yang kena submit, dalam minggu ni tak dapat kot, “ teragak-agak Ain bersuara, risau Fatih melenting.

“ Ain ni.... orang lain pun ada assignment juga, exam juga tapi tak adalah sibuk mengalahkan menteri sampaikan nak jumpa sekejap pun tak boleh, “ dengus Fatih geram, ada je alasan Ain untuk mengelak daripada keluar bersama-samanya.

“ Ain janji lepas semuanya settle, kita jumpa ok, nak teman makan ke nak ke bulan bintang pun tak ada masalah tapi bukan sekarang“ pinta Ain dengan lembut, dia benar-benar sibuk minggu ini. Assignment harus diselesaikan sebelum melencong ke lain, bercinta pun ada batasnya.

Tergelak kecil Fatih mendengar janji tak masuk akal Ain itu, saja nak membodeknya lah tu. Bulan? Bintang? Nak ajak ke cafe pun seribu alasan tercipta oleh gadis itu. “ Tak payah teman ke bulan binatang bagai Ain, cukuplah Ain menjadi teman kat hati Fatih. Mendudukinya dengan rasa kasih dan cinta Ain, “ ujar Fatih lembut, dia tidak mahu meminta lebih, cukup sekadar Ain mencintainya dengan ikhlas.

Terkedu Ain, terasa hangat pipinya, ayat main-mainnya tadi diolah oleh Fatih dengan indah sekali. “ Insya-Allah, kalau jodoh itu milik kita Ain akan setia dengan Fatih. Tapi Fatih harus setia dan jujur dengan Ain, jangan belot dibelakang Ain. Sebagaimana Ain ikat janji setia untuk tunggu Fatih jadi yang halal untuk Ain, sebegitu jugalah Fatih harus memperakuinya. Jangan lukakan hati Ain, kerana kelukaaan itu bukan boleh di ubat hanya dengan sebuah kemaafan “. Tutur Ain serius, kasihnya pada Fatih utuh, tetapi untuk menunjukkan rasa sayang itu, ini bukan waktunya kerana ini bukan cinta halal yang bebasnya ada batas dalam bercinta.

Terdiam Fatih seketika, bayangan hujung minggu lalu menerjah mindanya. Terasa takut dengan kata-kata Ain. Air liurnya ditelan perlahan-lahan. 

“ Ain jangan bimbang, dalam dada Fatih hanya berdetak nama Ain seorang saja, apa-apa yang berlaku Ain kena ingat tiada yang lain sebelum Ain apatah lagi selepas Ain. Yang ada hanya Ain, “ lafaz janji Fatih dengan bersungguh-sungguh. Dia benar-benar maksudkan, tetapi silapnya hujung minggu lalu membelit dirinya, bimbang cerita tidak enak sampai ke telinga Ain. Mahu ke Ain memaafkannya?. 

“ kalau Ain dengar cerita tak baik pasal Fatih terus tanya Fatih, jangan terburu-buru menuduh Fatih iya sayang, “ sambung Fatih lagi apabila teringat Mimi yang merupakan roommate Ain turut ada dalam party tersebut. Arghh bodohnya dia ikut night party perempuan sial itu, sumpahnya dalam hati.

“ Cerita tak baik apa? “ terus Ain bertanya, hatinya sudah ditimpa pelbagai persoalan. Fatih curang dibelakangnya ke?.

“ Fatih bagitahu tu contoh lah Ain, dah lah pergi buat kerja tadi bersunggut assignment bertimbun. Lagi cepat siap lagi cepat Fatih boleh jumpa kekasih hati Fatih ni, “ dalih Fatih, Ain ni macam sesunggut semut tahu-tahu je dia ada buat salah.

“ Iya ok lah, selamat malam and jaga diri baik-baik, “. Ada eloknya dia menamatkan perbualan dengan Fatih, kerja yang bertimbun di atas meja dipandang resah. Masih banyak kerja yang berbaki.

Good night and take care to sayang, “ ujar Fatih romantik, terasa menyesal pula menyuruh Ain membuat assignment, sedangkan hatinya masih tidak puas mendengar suara gadis itu. Ahhh kacau!.


No comments:

Post a Comment