Thursday 14 November 2013

Bajet 2014, Kebaikan Kepada Mahasiswa



25 Oktober 2013, merupakan tarikh keramat bagi semua rakyat Malaysia. Di mana, pada tarikh ini Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak telah membentangkan bajet 2014. Bertemakan memperteguhkan ketahanan ekonomi, memperkasakan transformasi dan melaksana janji, bajet 2014 berterasakan lima faktor utama dalam merealisasikan bajet ini iaitu merancak aktiviti ekonomi, mengukuhkan pengurusan fiskal, mengunggul modal insan, mempergiat pembangunan bandar & luar bandar serta mensejahterakan kehidupan rakyat.


Bajet 2014 juga, telah memperuntukkan sejumlah besar wang untuk golongan mahasiswa dibawah teras ketiga bermatlamatkan mengunggulkan modal insan.. Di mana Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 telah diteruskan untuk meringankan beban golongan pelajar Pra Universiti dan pelajar Universiti. Mahasiswa dapat manfaat yang cukup banyak dengan penerimaan baucar buku ini, sekali gus dapat menampung kos pembelian buku dengan menggunakan duit saku para pelajar itu sendiri. Baucar buku ini juga, turut mengalakkan pelajar membeli buku ilmiah di samping dapat membantu menambahkan pengetahuan dan sumber maklumat dalam proses rujukan membuat tugasan.


Kebaikan kepada mahasiswa dalam pembentangan Bajet 2014 juga ialah Pendidikan Tertiari untuk memperkasakan IPT bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran kerja tempatan dan luar negara. Bagi menyempurnakan perancangan ini kerajaan telah menyediakan geran penyelidikan sebanyak RM600 juta bagi meningkatkan status Universiti bertaraf penyelidikan. Kerajaan turut merancang satu program untuk  peringkat pasca ijazah. Program MyBrain15 diperkenalkan dengan peruntukan RM110 untuk membiyai yuran pengajian di peringkat pasca ijazah ini khususnya untuk golongan eksekuti di sektor awam. Melalui pendidikan tertiari ini juga, kerajaan turut menubuhkan Pusat Sitasi Malaysia bagi meningkatkan penerbitan ilmiah tempatan dan juga menbantu penerbitan artikel dalam jurnal antarabangsa.

Secara keseluruhannya, Bajet 2014 ini banyak mendatangkan kebaikan kepada golongan mahasiswa. Dengan perbelanjaan melebihi bilion ringgit yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada mahasiswa, diharapakan golongan bijak pandai mahasiswa dapat menghargai usaha murni kerajaan dalam memperkasakan dan mengunggulkan modal insan mahasiswa Malaysia agar bertaraf antarabangsa.


No comments:

Post a Comment