Thursday 9 January 2014

Bukan cinta halal Part 4


Rambutnya yang sedikit panjang itu dibiarkan berselerak. Bila ditanya stlye katanya. Diambil sedikit gel rambut lalu disapukan dengan menggunakan tanggannya dan dilumurkan pada rambutnya yang hitam itu. Perfume jenama Gergio Amani pula dicapainya lantas disembur ke serata tubuh bagi membangkit aroma yang menggoda. T-shirt berkolar mengikut tubuh badan berwarna hitam bercampur purple dipadankan dengan seluar khakis berwarna kelabu amat sesuai digayakannya. Gaya maskulinnya begitu terserlah.

“ Wah hensem bukan main lagi kau Fatih, nak dating dengan Aina ke ni? ” . Teka Arraf, diambil sebatang rokok diatas meja Fatih lalu dinyalakannya. Di pandang Fatih sekilas lalu, Fatih anak orang berada pakaian yang mahal-mahal dan segala benda yang Fatih miliki adalah barang yang berjenama. Dia amat mencemburui Fatih. Berkawan dengan Fatih memberi kelebihan kepadanya untuk menumpang senang.

“ Bukan Aina tapi Ain ”. Ujar Fatih tersenyum bangga. Bangga dapat melembutkan hati gadis tersebut untuk keluar dengannya. Keluar atas alasan untuk belajar akaun lagi. Dia berbohong bahawa dia ada kuiz minggu hadapan. Terpaksa rela ain mengikut kehendak hatinya, dia cakap kalaulah dia tak lulus dia kiuz ini dia tak nak hadir untuk final exam nanti, tak ada guna katanya pergi exam tetapi tetap fail. Cerdikkan? Ain yang baik hati itu, sudah pasti akan simpati padanya.

Terpenpam Arraf mendengarnya. Tak akan budak baik macam Ain tu layan Si Fatih yang playboy ni. “ Ain Nazrah ke? Kawan Mimi? ”. Tanya Arraf ragu-ragu. Dia masih tak boleh percaya yang Ain boleh tangkap lentok dengan Fatih. Ini benar-benar tidak adil, sedangkan dia ada juga usha gadis tersebut secara berhemah lagi tetapi tetap dipandang sepi. Apa hebat sangat ke Si Fatih ni?!!. Bentak hatinya geram, Fatih sentiasa mendahuluinya dalam apa jua perkara sekali pun. Arghh adakah aku lahir untuk ditewaskan??!!

“ Iyalar Ain mana lagi ”. Jawab Fatih sedikit riak.

“ Habis Mimi kau nak taruk mana?, dieorangkan tu kan roommate kecoh pulak nanti ”.
           
           “ Apasal pulak kait dengan Mimi pulak ni?,  Mimi dengan aku macam kau dengan Mimi lah “.
            
          “ Aku dengan Mimi  lain, kita orang....”.
           
          “ Lain apa bendanya Raf, kau bukan tak kenal aku, aku keluar dengan dia pun sebab nak lepas kan tension, saja nak berseronok-seronok. Tak ada pulak aku declared ada relationship  dengan minah tu”.
            
          Asad rokok dilepaskan berkepul-kepul, disedutnya lagi sisa batang rokok tersebut. Malas dia nak berjawab bagai dengan Fatih. Tahu yang dia tak akan menang. Dia hanya melihat  Fatih sedang menyarung stokin biru gelap, kasut jenama Adidas itu disarungnya kemas.
            
         “ Aku blah dulu bro.. ahh jangan lupa baju aku nanti kau hantar pergi dobi.. duit ambil kat tempat biasa..”. Arah Fatih sambil tangannya menyeluk poket seluar dan terus dileparkan  kunci biliknya kepada Arraf.
             
         Baling kunci tersebut ditangkap kemas oleh Arraf. Terasa diri terlalu hina sehingga pakaian Fatih dia yang uruskan. Tanpa memikirkan mainan akal yang terasa dihinakan lantas tangannya menarik laci meja di hadapanya. Beberapa keping not duit yang berharga RM50 dicapainya dan dikepal sekuat hati. Kerana duit dia menjadi hamba lelaki itu. Duit memang ada kuasa.
            
          Fatih tergesa-gesa keluar daripada Honda Jazznya. Dia terlewat sikit, gara-gara berbual-bual dengan Arraf tadi. Langkahnya laju tetapi masih teratur kemah. Nampak bergaya. Dari jauh kelihatan Ain sedang tekun mengadap buku. Novel barangkali, telahnya. Semakin dipercepatkan langkahnya, tidak sabar mahu bertegur sapa dengan pujaan hatinya. Gadis itu hari ini nampak sedikit santai, hanya mengenakan blous berwarna unggu lembut dan berseluar panjang puith, itu pun sudah menyejukkan pandangan matanya. Bibirnya sedikit terherot. Ada rancangan mahu mengenakan gadis yang khusyuk membaca itu.

“ Ainnn Sayangg!!! ”. Sergah Fatih kuat dari belakang. Melompat Ain Nazrah dari tempat duduknya.

“ Iyaa aku sayanggg.....”.Terpelanting novel ‘Bukan Kerana Aku Tak  Cinta’ karya E-Man Sufi yang baru dibelinya kelmarin di kedai I Love Novel Changlun. Sambil-sambil menunggu kedatangan Fatih sempat juga dia habiskan tiga bab.

Tangannya mengurut-ngurut dada kerana masih terperanjat di sergah mamat sengal dihadapanya ini yang galak ketawakan dia. Rasa sakit pulak hatinya, apabila melihat orang ramai yang berada di ruang legar library turut tergelak kecil dengan telatahnya tadi. Boleh tahan kuat suaranya menjerit tadi, perkataan yang tak patut pulak tu.. Hatinya mendongkol geram!

2 minit, 3 minit, 4 minit, 5, minit. Ok dia sudah puas menunggu, Fatih makin lagi riang mengetawakan dia. Fine, terus dicapai begnya dan membuka langkah untuk beredar dari tempat tersebut.

Serta-merta  bunyi gelak tawa suaranya terhenti apabila melihat langkah Ain yang laju ingin meninggalkan dirinya. Terus dicapai novel Ain yang terjatuh tadi dan tergesa-gesa dia mengejar langkah Ain.

“ Ain...Ain..”. Panggil Fatih, tetapi tiada tanda-tanda Ain mahu menghentikan langkahnya. “ Ain..”. Terus lengan Ain dipautnya.

Sedikit tersentak Ain dengan pautan lelaki tersebut dan tidak menunggu terlalu lama terus direntak tangan lelaki terbabit. “ Fatih jangan kurang ajar! ”. Tengking Ain kuat. Fatih memang melampau, ini dah kali kedua lelaki itu menyentuh dirinya. Walaupun beralas tetapi dia tetap tidak suka. Dia merasakan dianya murah apabila senang-wenang disentuh oleh lelaki bukan mahramnya.

Okay sory.. saya benar-benar tak sengaja “. Ucap Fatih sambil kedua-dua tangannya diangkap tinggi lagat macam seorang pesalah. Terus novel yang berada ditangannya dirembat kasar oleh Ain. Terkejut Fatih, namun sedikit senyum dihulurkan jua. Marah-marah pun masih sempat mencapai novelnya itu. Detik hati Fatih. 

“ Janganlah marah Ain, saya tak ada niat apa-apa pun.. I just kidding “. Beku. Tiada apa-apa reaksi daripada Ain. Masam sahaja wajahnya. Kedua-dua tangannya disilangkan didada. Fatih tersenyum, pandai merajuk rupanya. “ Ain..” panggil Fatih. Masih tidak menyahut lagi. “ Ain cuba tengok atas pokok tu..”. Jari telunjuk Fatih menunding kearah satu pokok yang berdekat,  Ain turut memandang ke arah yang ditunjukan oleh Fatih. Kelihatan beberapa ekor monyet  sedang berjangkit-jangkit dari dahan ke dahan. Ain mengerutkan dahi, kurang faham apa yang ingin disampaikan oleh Fatih.

Fatih tersenyum lebar apabila dia berjaya menarik perhatian Ain. Namun Ain masih dalam mood merajuk, sepatah kata pun tidak keluar daripada bibir merah itu. Kerutan di dahi Ain menunjukkan gadis itu mahukan jawapan. “ Macam Ain lah, cemberut je muka, nak kawan dengan dia? “  Tanya Fatih selamba. Serta-merta wajah itu berpaling ke arahnya dan....

“ Aduhhh ”. Jerit kecil Fatih, sambil mengosok bahunya, bibirnya pula tidak lekang daripada senyuman. Perit juga dihempuk dengan novel oleh Ain.

“ Main-main iya Fatih? ”. Jawab Ain geram, tangannya yang memegang novel tadi laju saja dihayung pada bahu lelaki ini. Boleh dia samakan aku dengan monyet.

“ Hah keluar pun suara emas tu.. Maaf, lain kali saya tak buat lagi “. Janji Fatih, suka dia apabila melihat raut gadis itu tidak lagi kelat seperti tadi.

“ Malas saya nak layan awak “. Terus Ain berpusing dan melangkah balik ke arah library. Tercengang Fatih tiba-tiba dia kena tinggal pulak. “ Yang awak tercegat kat situ buat apa, nak kawan dengan monyet?. Cepatlah saya tiada masa untuk buat drama kat sini “. Sambung Ain lagi, lelaki itu tanpa banyak cakap terus je membuntuti langkahnya.

Ain, Ain. Kejap je boleh bertukar angin. Marah , merajuk dan terus boleh pulih dalam waktu masa yang singkat. Macam ada duopersonaliti pulak gadis idamannya ini. Fatih mengerling sedikit matanya memandang Ain yang jalan beriringan dengannya.. urmm bawah bahunya je ketinggian gadis ini. Kecik molek.











No comments:

Post a Comment