Sunday, 27 October 2013

Tanda dan Sebab Keracunan Makanan


                                                   
Mutakhir ini isu keracunan makanan semakin menjadi-jadi, malah menjadi bualan hangat segenap masyarakat. Isu ini semakin membimbangkan apabila berlaku laporan peningkatan kes keracunan makanan terutamanya di dalam kawasan sekolah dan gerai makanan di tepi jalanan. Masalah ini semakin mengusarkan pelanggan dan juga ibu bapa yang bimbang akan kesihatan diri dan anak-anak mereka.

Keracunan makanan merupakan penyakit yang berlaku selepas memakan makanan yang tercemar dengan kuman atau bahan kimia yang telah menjangkiti mkanan tersebut. Bakteria yang telah membiak dalam makanan terbabit akan mengakibatkan tanda-tanda ketidakselesaan kepada pemakan makanan tersebut. Punca keracunan makanan boleh dikesan melalui beberapa faktor seperti makanan yang terdedah tercemar oleh serangga kotor contonhya lalat dan lipas. makanan juga boleh tercemar dengan penggunaan bahan-bahan kimia dan kuman yang berbahaya.

Bagi mengambil langkah berjaga-jaga, pengguna perlulah mengenalpasti tanda-tanda keracunan makanan agar segera dapat bertindak seperti mendapatkan rawatan daripada klinik yang berdekatan.
Oleh yang demikian, bagi mengetahui tanda-tanda dan gejala keracunan makanan, di sini terdapat beberapa tips yang berguna untuk mengetahui atau mengesan terkenanya penyakit keracunan makanan.


Tanda-tanda keracunan makanan


  • Memulas dan sakit perut
  • Cirit-birit
  • Loya dan muntah
  • Deman dan mengigil kesejukan
  • Pening kepala
  • Kekejangan otot
Tanda-tanda yang dialami adalah berbeza daripada individu lain dengan individu lain. Ketahanan tubuh seseorang juga turut mempengaruhi tindak balas keracunan makanan. Jenis racun, jumlah racun yang terdapat dalam makanan yang tercemar serta umur juga menjadi faktor reaksi bakteria merebak dengan cepat atau lambat.


Sebab-sebab keracunan
  • Pengendali makanan yang menghidap penyakit
  • Tidak memasak makanan pada suhu yang secukupnya
  • Pencemaran silang antara makanan mentah dan makanan yang telah dimasak
  • Terdapat lebihan makanan (leftover) yang tercemar
  • Memakan makanan yang telah tercemar dengan kuman dan bakteria
Kita sebagai pengguna dan pelanggan yang bijak boleh menghindari dan mencegah berlakunya keracunan makanan dengan menyimpan makanan pada suhu yang betul, memilih gerai makanan yang bersih, elakkan kuman penyebab keracunan daripada mencemari makanan, dan lindungi makanan dari tercemar dan awasi punca-punca pencemaran.





4 comments: