Thursday 9 January 2014

Bukan Cinta Halal Part 7


Geram sungguh Ain dengan sikap main-main Fatih. Baru hari ini tahu Fatih sebenar bukan pelajar akaun pun. Hidup-hidup dia ditipu, alasan Fatih sangat mudah dan selamba ‘kalau Fatih tak buat macam tu, Ain tak nak layan Fatih’. Rasa nak terbakar hatinya, dia bukan mainlah bertungkus-lumus mengajar Fatih, tapi itu semua agenda memikat Fatih. Dilihatnya Fatih segak berjalan menghampirinya, tangan kirinya memikul beg sandang manakala tangan kanannya memegang buku akaun. Tak puas lagikah Fatih mahu mengenakannya?.

Sory sayang jalan jam, “ ujarnya sambil mengambil tempat disebelah Ain.

Jam apanya, bukan time staf pulang waktu ni, bisik hati kecil Ain. Fatih sejak dari dulu selalu lambat, kini makin menjadi-jadi lambatnya. Ucapan maaf Fatih dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Jawab atau tidak, tidak berbekas pada Fatih. 

“ Ni kenapa bawa buku akaun, tak puas lagi nak kelentong Ain? “ sindir Ain kasar, dilihatnya Fatih hanya tersipu-sipu, mengaku kesalahan diri.

“ Nak hantar kat library, dah lama lepas due date kena bayar denda lar ni, “ jawab Fatih tersengeh-sengeh. Masih marah kepadanya lagi kot. Kes ini terbongkar pun sebab Si Tirah mulut murai lah ringan mulut bercerita, tak boleh buat geng bersubahat langsung.

Ain tidak memberi respon. Tiba-tiba Fatih rasa letih melayan kerenah Ain, bercakap dengannya selalu garang-garang, nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh, banyak pantang larangnya. Dia ingatkan dah naik taraf bercinta ini Ain akan berubah dalam soal melayannya dengan lebih lembut dan baik, namun sayang Ain tiada pun sikap romantis yang dia dapat rasakan. Gadis itu masih lagu beku dan bersikap tegas seperti dulu. Silapkah dia membuat keputusan untuk jatuh cinta pada gadis ini?.

“ Fatih dari mana ni?, dah solat ke belum?, duduk lah depan, “ tegur Ain dengan berhemah, jari telunjuknya dihalakan pada kerusi dihadapan yang kosong. Fatih memang suka menyempitkan dirinya, dia tidak suka sikap Fatih ini, tidak menjaga batas pergaulan.

“ Dari Dpp lah, belum “. Jawab Fatih selamba. Terus dikalihkan tubuhnya ke kerusi hadapan, akur dengan permintaan Ain.

“ Ya Allah dah pukul 3.30 ni Fatih, kenapa tak solat dulu sebelum  turun datang sini, ? “ ditinggikan sedikit suaranya. Pantang dia kalau teman-temanya melewat-lewatkan solat. Lagipun dia tahu Fatih agak liat dalam mengerjakan rukun kedua dalam islam ini.

Fatih mendengus kasar, dia cukup bosan kerana acap kali ditegur benda yang sama oleh Ain. “ Dah Ain yang gesa-gesa Fatih suruh cepat, kejap lagi Fatih solat lah. Sekarang apa kata kita pergi makan dulu. Fatih lapar lah sayang..,” mendayu-dayu suara Fatih meminta Ain menemaninya makan tengah hari. Memang dia tengah lapar, pagi tadi hanya sebiji roti canai yang bertamu diperutnya.

Beristighfar panjang Ain mendengar jawapan Fatih, boleh lagi ajaknya makan tetapi tuntutan Allah hendak ditangguhkan dulu. “ Ada eloknya Fatih kerjakan apa yang wajib dulu, lepas tu, sampaikan esok nak suruh Ain temankan makan, Ain tak kisah. Tapi solat itu tiang agama, kita sebagai umat islam harus...”.

Stop Ain! kalau Fatih penat-penat berkejar datang kat sini hanya nak dengar Ain membebel dan panaskan telinga Fatih, baik tak payah! Fatih datang nak jumpa Ain nak luang masa dengan orang yang Fatih sayang bukan nak suruh Ain buka ceramah agama kat sini, kalau macam ni baik Fatih pergi je kat masjid,” dihentak kuat buku akaun yang berada ditangannya.

Kaget Ain melihat langkah Fatih yang meninggalkan dirinya terkontang-kanting di sini. Fatih sekarang memang kuat membentak, pantang ditegur mula nak mengamuk. Dimana hilang sikap romantisnya dan prihatin Fatih?, Ain pun tidak tahu.

Bipp.... Bunyi mesej memasuki telefon Ain. Fatih.

Fatih> Hai syg, dh tdo blum?

Ain> Belum.

Fatih> why,miss me?

Ain> Urmm.

Fatih> knp ni, marah Fatih lg ke syg?

Lama Fatih menunggu, tiada balasan. Lantas didailnya nombor Ain, tiga kali nada dering berbunyi telefon Ain diangkat. Salam Ain dijawab dengan lembut, teknik memujuk suara harus selembut habis. Fikirnya.

“ Ain marah lagi ke? Maaf, Fatih tadi penat sangat, pergi sana nak jumpa Ain tapi Ain pulak yang bual perangai jadi emosi Fatih jadi tak stabil. Sory erk sayang lain kali Fatih tak buat lagi, “ janji Fatih, tengah hari tadi memang dia bengang, rimas dengan pelbagai suruhan Ain, tetapi dia tak boleh bergaduh lama-lama dengan Ain panasaran jadinya, tiap-tiap malam suara gadis pujaannya itu harus didengar terlebih dahulu baru tidurnya akan lena. Tetapi Ain tidak suka dia terlalu kerap menelefon. Arghh tension dia dengan Ain, macam ini kah cara orang bercinta?.

“ Ain tak marah, tapi Cuma Fatih tolonglah jaga....”.

“ Ok-ok, lain kali semua benda Fatih akan jaga, solat ke, jarak duduk dengan Ain ke and apa-apa benda yang Ain tak suka. Puas hati,? “ potong Fatih, malas dia nak mendengar larangan yang sama daripada mulut gadis itu.

Ain mengeluh kecil. Bercinta bukan perkara mudah rupanya. Tambah-tambah lagi bercinta dengan Fatih, seorang lelaki yang agak nakal dan hanya suka berseronok. “ Ok,” jawab Ain pendek dia juga malas nak memanjang hal ini. “ Fatih dah makan malam,? “ sambung Ain lagi, cuba mengalih topik yang hangat tadi, dia juga tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan apabila merasakan angin Fatih agak baik malam ni.

“ Sahkan  makan malam, makan tengah hari pun belum sayang, “ ucap Fatih agak lirik, mahu menagih simpati. Kerana panas hati tadi makan pun dia tidak berselera, bila ditanyakan oleh Ain sekarang tiba-tiba dia terasa lapar.

“ Lar, kenapa tak makan kan dah lewat malam ni? Kan Ain selalu pesan jaga waktu makan, “ terasa bersalah juga Ain, kerana marahkan dirinya Fatih mogok untuk makan.

“ Semua ni, Ain lah punya pasal, jadi sebagai denda Ain kena teman Fatih makan, now! “. Ugut Fatih, dia mahu mengenakan Ain malam ni, biasanya perasaan bersalah Ain akan menyebelahi dirinya. Untung sabut timbul, telah hatinya.

“ Nak teman tu, memanglah boleh, “.

Yesss!! Kedengaran suara Fatih menjerit girang. Nampaknya hajatnya tercapai.

 Tapi bukan malam ni, mungkin lain kali, “ bunyi keluhan kuat daripada Fatih. “ Kan dah lewat malam ni Fatih, tak elok kita berjumpa malam-malam, “ sambung Ain lagi.

“ Lain kali Ain tu bila? Minggu depan, tahun depan? Dah lah nak jumpa payah, dah jumpa selalu buat perangai, macam ni ke orang bercinta? Fatih rasa Ain macam tak serius, tak ada komitment dalam hubungan, “ panjang lebar komen Fatih. Dia penat dengan Ain, sejak bercinta boleh di kira hanya beberapa kali mereka berjumpa. Kata ain berjumpa selalu tidak elok kerana apabila berdua ada yang ketiganya.

“ Habis Fatih nak macam mana? Selalu berjumpa, date situ date sini, duduk dekat-dekat, pegang sana sini, itu yang Fatih mahu? Sory okay, I’m not stupid girl and for your information saya bukan seperti perempuan yang awak selalu awak kelek ke hulu ke hilir  dan boleh buat sesuka hati, “ naik angin juga Ain dengan Fatih yang mempersoalkan perasaan dan komitmentnya, siapa Fatih untuk menilai perasaannya?.

“ Saya tahulah, saya bukan lelaki baik dan beriman seperti yang awak idam-idamkan.  Tak layak bergandingan gadis suci seperti awak, tetap juga saya masih tebalkan muka nak bergandingan dengan awak, tapi jangan sesekali awak hina maruah saya, saya masih tahu halal dan haram! “. Bentak Fatih kasar, terus telefon dimatikannya. Sebegitu rupa Ain menilai dirinya, bukan dia pinta untuk bercinta secara berlebih-lebihan tetapi hanya sedikit perhatian daripada gadis itu cukuplah.


2 comments:

  1. Jalan cerita yg menarik... x sabar menunggu part 8 yg seterusnya.....sy peminat cerita saudari ni....

    ReplyDelete