Monday 9 December 2013

Bukan Cinta Halal- Part1

“BUKAN CINTA HALAL”
By: Ctieynor
<Mencintainya Dengan Mencintai Pencipta-Nya>
Cintailah aku kerana Agamaku – Ain Nazrah
Cintaku hanyalah seketika Cuma- Ahmad Hulwan Fatih

Part 1

Ain Nazrah tergesa-gesa membuka langkahnya secepat yang mungkin, peluh yang merenik di dahi dikesat dengan hujung baju kurung cotton berbunga-bunga kecil berwarna hijaunya. Dari DKG 6 hingga ke  DKG 3 dia berjalan kaki untuk kelas yang keseterusnya. Menyesalnya dia tidak bijak mengatur jadual kuliah dengan betul, hanya menerima bulat-bulat jadual yang di beri pihak Univeristi Utara Malaysia pada masa orientasi lepas. Budak sem 1 macam dia mana tahu kena susun balik jadual. Akibatnya, terpaksalah dia terkejar-kejar untuk ke satu kelas dan kelas berikutnya, tak ada ruang langsung. Dah lah pensyarahnya tadi selalu lewat lepaskan pelajar. Dalam sibuk merungut pasal jadualnya yang baik punya tu, dia ternampak Mimi Nabila roommatenya yang bersenang-lenang kat Lego. Eh tak masuk masuk kelas lagi ke Mimi ni. Ke kelas batal?. Telah hatinya.
“ Mimi buat apa kat sini ?. Kan dah  lewat ni jom kita masuk kelas? ”. Ajak Ain Nazrah kepada rakannya, Mimi. Dilihatnya Mimi masih enak bersantai dengan minuman Coke ditangan. Sedangkan dia terkocoh-kocoh hendak ke kelas Hubungan Etnik, dah lewat 10 minit lebih dah nie.
“ Kau masuklah dulu, kejap lagi aku menyusurlah ”. Jawab Mimi malas, sambil meneguk air coke dengan penuh nikmat. Dia memang selau lewat masuk kelas, bosan katanya masuk kelas awal, bosan dengar lecture membebel. Lagipun dia tengah tunggu seseorang ni.
“ Tapi kan dah lewat ni Mimi, jomlah kita masuk sekali ”. Pujuk Ain lagi. Dia memang dah sedia maklum Mimi memang liat nak masuk kelas. Tapi tetap dia nak pujuk!.
“ Kau ni Ain, aku cakap kejap lagi maknanya kejap lagi lah. Memang tak faham Bahasa Melayu erk? ”. Mimi mula nak membentak, bercakap dengan Ain membuatkan dia rasa sakit jiwa. Gadis kecik molek didepannya ni memang lemah lembut orangnya dan suka buat amal kebaikan. Hari-hari menegurnya. Buat ini salah, buat itu salah, apa kejadahnya yang betul pun dia tak tahu.
“ Tapi...”
“ Arghhh... tak ada tapi-tapi, dah lah Ustazah kau pergi masuk kelas.. lagi lama kau menye...”. belum sempat Mimi menyudahkan ayat menghalau Ain Nazrah, seorang jejaka dari arah belakang datang menyapa.
“ Hai Mimi sayang dah lama you tunggu? Sory eh I lambat sikit, Si Arraf ni hah lembab macam siput, jalan macam Mak Nenek ”. Ucap Ahmad Hulwan Fatih, sambil mengambil mengambil tempat disebelah Mimi. Senyuman manis dihulurkannya.
“ Eh aku pulak yang disalahkan!! ”. Padahal Fatih ni hah sangkut yang dengan awek mana entah tadi. Aku plak yang jadi bahananya, kurang asam punya kawan. Bentak Arraf dalam diam, tak berani nak luahkanya, sebab Fatih tu mesin ATM bergeraknya dikala susah dan senang. Jadi dipersalahkan pun, terpaksalah dia redha.
Ain Nazrah hanya memandang perbualan Mimi dan kawan Mimi tu, dia tak kenal pun siapa mereka berdua. Macam manalah nak kenal  Ain Nazrah oii kehidupannya hanyalah kuliah, perpustakaan,dan bertapa kat Dewan Pengginapan Bank Muamalat tu je. Bisik hatinya sambil tersenyum simpul, mengenangkan rutin hidupnya sejak dia datang belajar di UUM ni.
“ Takpe I pun baru sampai je ni. Nah air, kesian you nampak tercungap-cungap je. Tak sabar  nak jumpa I erk ”. Ucap Mimi dengan nada suara lentoknya sambil menghulurkan baki air coke yang tinggal separuh itu kepada Fatih.
Nope is ok honey, I tak penat pun. You minum lar ”. Tolak Fatih, sambil matanya melirik ke arah gadis kecik molek yang berdiri sebelah Mimi. Manisnya senyuman dia. Hati kecilnya mula berlagu. Kawan Mimi ke ni? Ada ke Mimi stok kawan baik-baik macam ni?. Setahunya, Mimi seorang yang peramah terutamanya dengan lelaki, kuat bersosial dan pandai menggoda jugak. Sebab inilah dia boleh kamcing dengan Mimi yang dianggap teman tapi mesranya.
Matanya ligat memandang atas bawah, atas bawah, menilai penampilan Ain. Berbaju kurung hijau, bertudung warna seakanya, berkasut  hitam dan kakinya beralaskan stokin coklat. Urmm sangat menjaga aurat. Kulitnya pula putih kemerah-merahan akibat dipanah sang matahari. Matanya sedikit kuyup, tetapi masih elok pada pandangan matanya, hidungnya pula tidak terlalu tinggi dan bibirnya itu merah merekah bak delima tanpa dicemari sebarang calitan liptisk. Arghh cukup membuatkan hatinya terpukau dengan keindahan raut wajah gadis itu. Senyuman manis hulurkannya tanda pengenalan, namun sayang hanya muka kaku gadis tersebut menyambut senyumannya.
“ Kawan you ke tu? ”. Tanya Fatih, bila melihat tiada respon daripada gadis itu apabila senyuman yang disedekahnya tidak dibalas.
Roommate I, eh Ain yang kau tercegat kat sini apasal, kau nak ponteng kelas ke? ”.
“ Hahh!! ”. Hanya tu je yang keluar mulut Ain Nazrah, sambil menbelek jam di tangan. Pukul  11.55 pagi. Alamak dah nak hampir setenggah jam dia lewat!!. Kalut dia menyusun langkah kearah tangga untuk ke kelas En. Hilaluddin. Belum pun kaki meyenggah tangga, laju dia berpusing balik untuk mendapatkan Mimi.
“ Mimi kel... ”. Belum sempat Ain Nazrah menyudahkan ayatnya, Mimi dah potong percakapanya.
“ Dah-dah kau pergi masuk kelas, kalau En. Hilal tanya, cakap aku sakit perut! ”. Potong Mimi dengan suara lantang. Ain nampaknya tak bercakap banyak lagi, terus badanya berpusing balik. Bukan masa untuk memujuk, sedangkan dia pun sudah lewat. Mimi menghembus nafas lega, bosan dengan sikap Ain yang suka memaksanya ke kelas.


Ahmad Hulwan Fatih tersenyum simpul melihat telatah kelam-kabut ‘ Ain ’. Urmm nama agak sinonim dengan gadis Melayu yang ala-ala ayu,  fikirnya. 
“ Lawa ya roommate kau Mimi, dia tu dah berpunya ke belum? Kenalkan aku boleh? ”. Pinta Arraf dengan bersungguh-sunnguh. Dia terpesona dengan telatah kawan Mimi tu, pada pandangan matanya, gadis itu sangat bersopan santun dan pandai menjaga diri. Sempat juga dia usha gadis tadi dengan memberi jelingan mata menggodanya, tapi tak dilayan.
“ Tak adanya Si Ain tu nak layan kau yang otak tiga suku ni ”. Pangkah Mimi terus pada pertanyaan Arraf tu, gila Si Ain yang ala-ala ustazah nak layan mamat buaya macam Arraf ni. Kirim salam sajalah jawabnya. Selama tiga bulan sebilik dengan ain setahunya Ain tidak pernah melayan mana-mana lelaki, asyik mengadap buku je kerjanya 24 jam, dia yang melihatnya rasa nak terjeluak!. ” Yang you pulak kenapa tersengih je dari tadi?”. Tegur Mimi kepada Fatih yang dari tadi membisu tapi bibir itu elok pulak tersenggih-senggih je. Arraf pula buat muka, selepas dia menghentam lelaki itu.
Suara lantang Mimi menyedarkan Fatih daripada lamunan mengenangkan Ain. Ain, sempat lagi hatinya mengulang nama tersebut. “ Teringatkan you lar sayang. So, kita nak pergi makan kat mana ni? ” tanya Fatih terus, malas nak berkias bagai lagi kerana mindanya ligat memikirkan agenda yang dia rencanakan tadi.
“ Kita pergi makan kat Jitra nak? I dah lama nak makan Spaggetti kat restaurant tu ”. Pujuk  Mimi ala-ala menggoda sambil memegang lengan Fatih.
You dah habis kelas ke, nak pergi makan jauh-jauh ni? ”. Tanya Fatih, sambil mengerling jam tangan jenama Rolex kesayanganya itu. Baru nak masuk pukul 12 tengahari, dah habis kelas ke minah ni?. Guman hatinya. “ Habis kelas sekarang ni you tak nak masuk la ni? ”. Tanya Fatih lagi, tadi rasanya Ain kawan Si Mimi ni mengajak Mimi masuk ke kelas. Sanggup skip kelas semata-mata nak lunch denganya. Hurmm perempuan-perempuan. Ujarnya sambil mengelengkan sedikit kepala.
“ Tak nak lar, lagi pun ini first time I ponteng kelas dan ini kelas terakhir I ”. Bohong Mimi, kali ni dah masuk empat kali dia ponteng kelas,  dan sampai surat amaran dah pun.
Tanpa cakap banyak Fatih bangun dari tempat duduknya. “ Kalau macam tu, jom lah ”. Ucapnya lalu beredar dari kawasan Lego itu. Terkedek-kedek Mimi mengejar langkah Fatih. Arraf pula hanya menjadi pak turut dari belakang. Dah memang tugasnya menjadi pengikut setia Ahmad Hulwan Fatih itu.







2 comments:

  1. Mana part 2..excited nk baca ni..please haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... bli lar novel.. bkal di cetak..
      pah cerah jea joong...

      Delete