Mimi Nabila tergesa-gesa mengatur
langkahnya, dia sudah terlewat untuk ke kelas. Kali ini dia tidak dapat ponteng
lagi kelas, kerana sudah sampai dua surat amaran jika tidak dia akan di bar. Dalam kekalutannya, dia tersilau
memandang ke arah Fatih yang nampak agak lesu duduk di meja laluan pejalan kaki
bangunan Colgis. Terus di break
langkah kakinya serta-merta.
“ Hai Fatih, seorang je? Mana Arraf? “
tegur Mimi, biasanya di mana ada Fatih di situ ada Arraf si pengikut setia.
Tetapi hanya jungkitan bahu Fatih dibalas sebagai jawapan. “ Malam ni jom ke
Butterworth ada night party sikit, “
ajak Mimi terus, tidak sedikit dia membuang masa. Dilihatnya Fatih memandang ke
arahnya cuba berfikir macam hendak memberi jawapan.
“ You
jangan risau, Cuma night party
biasa je. Lepak-lepak, minum dengan kawan-kawan lepaskan stress and tension belajar, “
pujuk Mimi lagi.
Fatih diam memikirkan ajakkan Mimi,
dah hampir seminggu selepas kejadian itu dia tidak berhubung dengan Ain. Sakit
hati punya pasal, Ain pula tidak cuba memujuknya. Asyik dia saja memujuk Ain,
tertunggu-tunggu jugak dia pujukkan daripada Ain. Namun, sehinnga hari ini Ain
tidak menghubunginya. Hati dilandai kecewa, fikiran berserabut akhirnya dia
bersetuju.
Mimi tersenyum kemenangan. Ada hadiah
untuk Fatih dan ada kejutan buat Ain.
Mimi terasa sangat puas, puas melihat
gambar Fatih berpeluk sakan dengan Nia, siapa yang tidak kenal Nia,? Perempuan
liar dalam Universiti. Hatinya bagai tertusuk duri apabila mendapat tahu Fatih
memilih Ain sebagai pasangannya. Dikeleknya ke hulu ke hilir, alih-alih stok
yang baik-baik macam Ain juga yang diangkat sebagai teman istemewa. ‘ Orang
bangsat macam kau ni, tak layak buat Ain dan Si bodoh Ain ini juga tak juga layak
buat lelaki perasan bagus macam Fatih ni.
Kalau dia tak dapat kenapa mesti orang lain mesti dapat? ‘. Hati Mimi
berbisik marah, koleksi gambar-gambar dihadapannya sudah cukup untuk menghancurkan
perhubungan mereka berdua.
Pintu bilik dikuak perlahan oleh Ain,
terkejut dia melihat Mimi berada dalam bilik sebelum dia pulang. Pelik dia
melihat Mimi tersenyum sinis ke arah beberapa keping gambar dipegangannya.
“ Awal kau balik Mimi, dah habis ke
kelas? “. Tegur Ain, terasa tidak enak pula dia tidak menghiraukan teman
sebiliknya itu.
“ Hahh... Oo iya dah habis, “ segera
dia memasukkan semula gambar-gambar panas itu ke dalam sampul surat. “ Tak
keluar dengan Fatih ke hari ni,? “ sengaja dia bertanyakan soalan itu. Dia tahu
Fatih dan Ain sekarang dalam krisis.
Pelik Ain mendengar pertanyaan Mimi,
biasanya Mimi tak pernah sibuk mempedulikan halnya. Sebulan yang lepas Mimi
telah lancarkan perang dingin kepadanya selepas mendapat tahu dia dan Fatih
berpasangan. “ Tak, “ jawab Ain ringkas bersama gelengan kepala. Sudah lama dia
tidak outing dengan Fatih, menelefon pun tak sejak peristiwa itu. Dia
mahu sejukkan hatinya dan memberi Fatih masa untuk bertenang terlebih dahulu.
“ Owh, patutlah aku ternampak Fatih
keluar dengan minah lain beberapa hari ni, aku ingatkan itu kau, “ ucap Mimi
leret, direbahkan tubuhnya atas katil. Dibiarkan Ain terpingga-pingga
sendirian, wajah Ain mula bertukar sedikit keruh.
Ain ditimpa kegelisahan, duduknya
tidak senang. Betulkah Fatih kembali pada sikap lama? Jika benar apa yang
diperkatakan Mimi siang tadi dia harus bersemuka dengan Fatih, dia mahu
menuntut janji-janji Fatih dulu?. Tanpa teragak-agak terus telefon dicapai,
setelah seminggu nombor itu tidak menganggu hidupnya malam ini dia pula akan
menganggu masa Fatih.
Tidak menunggu terlalu, panggilannya
bersahut, seolah-seolah panggilan daripadanya turut dinanti-nantikan.
“ Assalamulaikum Ain, “ ucap Fatih
teruja, terkejut dia menerima panggilan daripada Ain. Akhirnya, Ain mengalah
jua, dia tadi turut memenggang telefon berkira-kira untuk menelefon Ain, tidak
sangka Ain lebih pantas daripadanya.
“ Waalaikumusalam, Fatih apa khabar?
“.
“ Sihat, dan sekarang lagi bertambah
sihat, sayang sihat? “.
Terkedu Ain seketika, sayang? Dah
terasa terlalu lama dia tidak mendengar perkataan itu.
“ Alhamdulillah Ain
sihat, Fatih buat apa hari ni,? “ terus Ain kepada soalan yang bermain-main
dimindanya.
“ Urmm, hari ni macam biasalah pergi
kelas, lepas habis kelas terus balik DPP, “ jawab Fatih jujur, bahagia rasanya
apabila Ain mengambil berat soal dirinya.
“ Betul? Tak tipu,? “ soal Ain masih
kurang percaya. Habis Mimi nampak siapa yang bersama Fatih? Hatinya mula tidak
senang.
Kedengaran Fatih mendengus kecil. “
Ain, kalau Ain telefon nak mempersoalkan kejujuran Fatih baik Ain simpan kredit
telefon Ain, kredit Ain tak membazir, hati Fatih pun tak sakit, “ mendatar
suara Fatih memberi jawapan kepada Ain. Baru terasa nikmat bahagia tiba-tiba
diragut dengan pertanyaan yang kurang cerdik oleh Ain, Fatih bosan.
Ain mengetuk-ngetuk dahi dengan jari
telunjuknya, tersilap percaturan. “ Ok sory,
Ain tak maksudkan begitu. Tak apalah, Fatih buat apa sekarang, tak study ke final exam kan dah tak lama? “. Cepat-cepat Ain mengalih topik,
bimbang pergaduhannya menjadi peperangan pula, baru je nak menjernihkan
keadaan.
“ Rileks lah dulu, kan masih awal lagi
ni, nanti dekat nak exam tentu lecture bagi tips, baca yang tips
tulah, “ mood Fatih kembali pulih, dia pun malas nak panjangkan pergaduhan.
Selama seminggu ini sakit dia menangung rindu. “ Ain, dah lama Kita tak berjumpa.
Fatih rindu Ain sangat. Tunggu Ain pujuk seminggu dulu baru Ain nak telefon,
berjanggut Fatih tunggu tau, “ sambung Fatih lagi, bunyi rajuk masih lagi ada.
Pening kepala Ain dengan Fatih,
macam-macam hal. “ Erkk, jumpa? Ain busy sikit sekarang ni Fatih. Assignment pun banyak yang kena submit,
dalam minggu ni tak dapat kot, “ teragak-agak Ain bersuara, risau Fatih
melenting.
“ Ain ni.... orang lain pun ada assignment juga, exam juga tapi tak adalah sibuk mengalahkan menteri sampaikan nak
jumpa sekejap pun tak boleh, “ dengus Fatih geram, ada je alasan Ain untuk
mengelak daripada keluar bersama-samanya.
“ Ain janji lepas semuanya settle, kita jumpa ok, nak teman makan
ke nak ke bulan bintang pun tak ada masalah tapi bukan sekarang“ pinta Ain
dengan lembut, dia benar-benar sibuk minggu ini. Assignment harus diselesaikan sebelum melencong ke lain, bercinta
pun ada batasnya.
Tergelak kecil Fatih mendengar janji
tak masuk akal Ain itu, saja nak membodeknya lah tu. Bulan? Bintang? Nak ajak
ke cafe pun seribu alasan tercipta oleh gadis itu. “ Tak payah teman ke bulan
binatang bagai Ain, cukuplah Ain menjadi teman kat hati Fatih. Mendudukinya
dengan rasa kasih dan cinta Ain, “ ujar Fatih lembut, dia tidak mahu meminta
lebih, cukup sekadar Ain mencintainya dengan ikhlas.
Terkedu Ain, terasa hangat pipinya,
ayat main-mainnya tadi diolah oleh Fatih dengan indah sekali. “ Insya-Allah,
kalau jodoh itu milik kita Ain akan setia dengan Fatih. Tapi Fatih harus setia
dan jujur dengan Ain, jangan belot dibelakang Ain. Sebagaimana Ain ikat janji
setia untuk tunggu Fatih jadi yang halal untuk Ain, sebegitu jugalah Fatih
harus memperakuinya. Jangan lukakan hati Ain, kerana kelukaaan itu bukan boleh
di ubat hanya dengan sebuah kemaafan “. Tutur Ain serius, kasihnya pada Fatih utuh,
tetapi untuk menunjukkan rasa sayang itu, ini bukan waktunya kerana ini bukan
cinta halal yang bebasnya ada batas dalam bercinta.
Terdiam Fatih seketika, bayangan
hujung minggu lalu menerjah mindanya. Terasa takut dengan kata-kata Ain. Air
liurnya ditelan perlahan-lahan.
“ Ain jangan bimbang, dalam dada Fatih hanya
berdetak nama Ain seorang saja, apa-apa yang berlaku Ain kena ingat tiada yang
lain sebelum Ain apatah lagi selepas Ain. Yang ada hanya Ain, “ lafaz janji
Fatih dengan bersungguh-sungguh. Dia benar-benar maksudkan, tetapi silapnya
hujung minggu lalu membelit dirinya, bimbang cerita tidak enak sampai ke
telinga Ain. Mahu ke Ain memaafkannya?.
“ kalau Ain dengar cerita tak baik
pasal Fatih terus tanya Fatih, jangan terburu-buru menuduh Fatih iya sayang, “
sambung Fatih lagi apabila teringat Mimi yang merupakan roommate Ain turut ada dalam party
tersebut. Arghh bodohnya dia ikut night
party perempuan sial itu, sumpahnya dalam hati.
“ Cerita tak baik apa? “ terus Ain
bertanya, hatinya sudah ditimpa pelbagai persoalan. Fatih curang dibelakangnya
ke?.
“ Fatih bagitahu tu contoh lah Ain,
dah lah pergi buat kerja tadi bersunggut assignment
bertimbun. Lagi cepat siap lagi cepat Fatih boleh jumpa kekasih hati Fatih ni,
“ dalih Fatih, Ain ni macam sesunggut semut tahu-tahu je dia ada buat salah.
“ Iya ok lah, selamat malam and jaga
diri baik-baik, “. Ada eloknya dia menamatkan perbualan dengan Fatih, kerja
yang bertimbun di atas meja dipandang resah. Masih banyak kerja yang berbaki.
“ Good
night and take care to sayang, “ ujar Fatih romantik, terasa menyesal pula
menyuruh Ain membuat assignment,
sedangkan hatinya masih tidak puas mendengar suara gadis itu. Ahhh kacau!.