Saturday 28 September 2013

Blog Novel paling best...

Blog nie hari-hari aku masuk. Cerita dia memang best siok aa, so korang kalau nak baca e-novel yang mencabar minda, nak kan pengetahuan lebih tentang ilmu luar boleh lar cuba try baca blog nie fairytalesfromevelyn.blogspot.com. confrim berbaloi punyer.. okay bye2

#Haydar #Hana pun ada sama 

Mari Belajar Buat Blog

Sepagi ini kawan-kawanku kecoh duk buat blog.. ada yang terbaring atas katil, menyandar kat dinding, kat meja pun ada.. kepada kawan-kawanku yeen, tirah, yus n azie gud luck dalam menerokai dunia blog..
                                           ....... time to sleeeppp......


aziehasnah.blogspot.com    yeenazreen1.blogspot.com    take note girl!!

Friday 27 September 2013

Ummi OOhh Ummi

Ummi Oohh Ummi,
Gelak dan tawa
Bersatu iramanya
Menjadi penglipur lara
Dalam berteman

Ummi Ooh Ummi,
Kuat bicaranya
Penghibur duka
Hati gelisah
Hilanglah sudah

Ummi Oohh Ummi,
Manis rupanya
Gebu tubuhnya
Riang tutur-katanya
Menutup seindah hatinya.

Ummi Ohh Ummi,
Dirimu bukan keseorangan
Dirimu bukan tidak berteman
Hadirnya teman-teman ini
Sebagai dahan yang menjalar

special 4 : Ummi Nazrah
p/s: thanks 4 burger..

Seindah wanita

Cantiknya seorang wanita
Terletak pada akhlaknya

Hebatnya seorang wanita
Terlihat pada jiwanya

Manisnya seorang wanita
Terpamer pada budinya

Anggunnya seorang wanita
Terserlah pada bicaranya

special 4: Tirah Hidung mancung

Teman Pengganti Diri

Teman ,
kau umpama bayang dalam cermin,
Terzahirnya aku melalui perwatakanmu,
Elok pekertimu terserlah diriku,
Menyampaikan makna kita adalah satu.

Teman,
Kau pengubat duka,
Tika lara datang menyapa,
Hati terusik berbunga ceria,
Resah-gelisah terbawa sudah.

Teman,
Hadirmu pendamping diriku,
Tatkala hiba menghimpit diri,
Sejuta rasa ria kau bawa sama,
Terlahir senyumanku dari hatimu.

special 4: mimi n yeen 

Sunday 15 September 2013

Memaknakan Sambutan Hari Malaysia.

Tanggal 16 September 1963, merupakan satu tarikh yang sangat bermakna kepada seluruh warganegara Malaysia. Tarikh keramat ini merupakan tarikh yang bersejarah kerana menandakan penyertaan daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura untuk membentuk satu gagasan iaitu Malaysia. Walaupun pembentukan gagasan ini menerima tentangan dan bantahan yang sangat hebat daripada Indonesia dan Filipina sehingga menyebabkan pengisytiharan terpaksa di tangguhkan pada 16 September 1963 yang pada asalnya penubuhan tanah persekutuan ini dijadualkan pada 1 Jun 1963.

Negara Malaysia kini telah menyambut kemerdekaan yang ke 56 tahun dan pembentukan persekutuan Malaysia sudahpun mencapai 50 tahun. Hal ini bermakna sudah  sedekap kita menyambut Hari Malaysia. Setiap tahun pada 16 September, rakyat Malaysia diberi cuti khas bagi meraikan hari yang penuh bersejarah ini. Sejarah penubuhannya kembali diuar-uarkan di media elekronik dan media cetak saban tahun. Namun begitu, sejauhmanakah generasi hari ini terutamanya golongan remaja memaknakan sambutan Hari Malaysia pada masa kini?.

Generasi muda kini terutamanya golongan peringkat remaja sehingga ke golongan belia, rata-ratanya tidak meghayati sambutan dan keraian Hari Malaysia. Mereka seolah-olah alpa menikmati keamanan dan kemodenan Malaysia pada hari ini. Tidakkah mereka buta untuk menghargai pengorbanan pahlawan-pahlawan terdahulu? ataupun golongan muda sekarang ini sudah buta sejarah?.Pembelajaran subjek Sejarah sudah cukup untuk mengajar muda-muda kita hari ini mengenali sejarah dengan lebih dekat, akan tetapi sayang matapelajaran ini hanya syarat wajib untuk mereka belajar bagi menghadapi penilaian peperiksaan sahaja.

Oleh yang demikian, bagi memaknakan sambutan Hari Malaysia dalam kalangan golongan muda-mudi ini, pelbagai cara boleh diambil untuk melaksanakannya. Menerapkan nilai kecintaan terhadap negara merupakan salah satu caranya. Mencintai negara sendiri dapat memupuk semangat patriotik dalam  diri individu justeru, pihak sekolah khasnya perlulah memainkan peranan penting bagi menyemai perasaan cinta kepada negara. Program-program seperti pertandingan buku skrap, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, pertandingan menulis kronologi pembentukan Hari Malaysia dan sebagainya wajar dijadikan senarai aktiviti tahunan dalam mengingati dan menghangatkan sambutan Hari Malaysia. Melalui kaedah ini para pelajar khuhsusnya dapat mengenali sejarah negara mereka sendiri. Perkara ini juga tidak harus berhenti pada peringkat persekolahan sahaja malah perlu dilanjutkan pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi seperti mewujudkan subjek Kenegaraan Malaysia.

Kaedah ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat kecintaan terhadap negara dan golongan muda pula tidak leka dengan soggokkan budaya barat yang kini semakin ekstrim. Sambutan Hari Malaysia sudah tentunya lebih bermakna dengan penglibatan golongan muda dalam menjayakannya dan mereka juga dapat memahami makna sebenar sambutan ini adakan saban tahun. Sekali gus, menghargai jasa dan pengorbanan wira-wira negara zaman dahulu.

                                                         'Entri Hari Malaysia'

Para pelajar UUM sblm1013 kini berlumba-lumba mencari maklumat untuk entri hari malaysia yang bakal tiba esok hari. semoga rakan-rakan dapat memberi perkongsian ilmu yang berguna kepada kita semua. akhir kata selamat menyambut Hari Malaysia