Sunday 15 September 2013

Memaknakan Sambutan Hari Malaysia.

Tanggal 16 September 1963, merupakan satu tarikh yang sangat bermakna kepada seluruh warganegara Malaysia. Tarikh keramat ini merupakan tarikh yang bersejarah kerana menandakan penyertaan daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura untuk membentuk satu gagasan iaitu Malaysia. Walaupun pembentukan gagasan ini menerima tentangan dan bantahan yang sangat hebat daripada Indonesia dan Filipina sehingga menyebabkan pengisytiharan terpaksa di tangguhkan pada 16 September 1963 yang pada asalnya penubuhan tanah persekutuan ini dijadualkan pada 1 Jun 1963.

Negara Malaysia kini telah menyambut kemerdekaan yang ke 56 tahun dan pembentukan persekutuan Malaysia sudahpun mencapai 50 tahun. Hal ini bermakna sudah  sedekap kita menyambut Hari Malaysia. Setiap tahun pada 16 September, rakyat Malaysia diberi cuti khas bagi meraikan hari yang penuh bersejarah ini. Sejarah penubuhannya kembali diuar-uarkan di media elekronik dan media cetak saban tahun. Namun begitu, sejauhmanakah generasi hari ini terutamanya golongan remaja memaknakan sambutan Hari Malaysia pada masa kini?.

Generasi muda kini terutamanya golongan peringkat remaja sehingga ke golongan belia, rata-ratanya tidak meghayati sambutan dan keraian Hari Malaysia. Mereka seolah-olah alpa menikmati keamanan dan kemodenan Malaysia pada hari ini. Tidakkah mereka buta untuk menghargai pengorbanan pahlawan-pahlawan terdahulu? ataupun golongan muda sekarang ini sudah buta sejarah?.Pembelajaran subjek Sejarah sudah cukup untuk mengajar muda-muda kita hari ini mengenali sejarah dengan lebih dekat, akan tetapi sayang matapelajaran ini hanya syarat wajib untuk mereka belajar bagi menghadapi penilaian peperiksaan sahaja.

Oleh yang demikian, bagi memaknakan sambutan Hari Malaysia dalam kalangan golongan muda-mudi ini, pelbagai cara boleh diambil untuk melaksanakannya. Menerapkan nilai kecintaan terhadap negara merupakan salah satu caranya. Mencintai negara sendiri dapat memupuk semangat patriotik dalam  diri individu justeru, pihak sekolah khasnya perlulah memainkan peranan penting bagi menyemai perasaan cinta kepada negara. Program-program seperti pertandingan buku skrap, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, pertandingan menulis kronologi pembentukan Hari Malaysia dan sebagainya wajar dijadikan senarai aktiviti tahunan dalam mengingati dan menghangatkan sambutan Hari Malaysia. Melalui kaedah ini para pelajar khuhsusnya dapat mengenali sejarah negara mereka sendiri. Perkara ini juga tidak harus berhenti pada peringkat persekolahan sahaja malah perlu dilanjutkan pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi seperti mewujudkan subjek Kenegaraan Malaysia.

Kaedah ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat kecintaan terhadap negara dan golongan muda pula tidak leka dengan soggokkan budaya barat yang kini semakin ekstrim. Sambutan Hari Malaysia sudah tentunya lebih bermakna dengan penglibatan golongan muda dalam menjayakannya dan mereka juga dapat memahami makna sebenar sambutan ini adakan saban tahun. Sekali gus, menghargai jasa dan pengorbanan wira-wira negara zaman dahulu.

No comments:

Post a Comment