Thursday 9 January 2014

Bukan Cinta Halal Part 2


          “ Ain... Ain tunggulah dulu! ”. Panggil Fatih, sambil terkejar-kejar langkah Ain Nazrah. Dah dua minggu dia menjadi pengejar setia gadis itu. Yang malangnya, salam perkenalan daripada dirinya ditolak mentah-mentah oleh Ain. Nasib badan!. Tadi pun rela dia berpanas di kawasan penunggu bas laluan C.

Ishh dia ni lagi, sejak dua minggu yang lepas dia menjadi pelarian. Jejaka ini baginya sangat degil dan keras kepala, tak faham bahasa bahawa dirinya tidak suka diganggu atau istilah lebih tepat dia tidak suka berkawan dengan Fatih. Pelbagai versi cerita dia dengar perihal sikap playboy Fatih, tak dia dengan rela hati nak serahkan diri. Guman  Ain sambil membuka langkah dengan seluas-luasnya. Nasib baik hari ini dia memakai jubah moden berwarna pink lembut, memudahkan kakinya untuk melangkah dengan lebih cepat.

“ Heii apa ni Fatih!! ”. Jerit Ain agak kuat. Terkejut dia bila tangan sasa itu memaut lengannya. Tak pernah ada mana-mana lelaki lagi yang berani memperlakukanya begitu. Ahmad Hulwan Fatih memang melampau!.

Serta-merta tangan kekar Fatih melepaskan lengan Ain terkejut dia bila di sergah begitu rupa. Garang!. “ Err Ain sory, saya tak sengaja. Saya Cuma nak cakap dengan awak je, kenapa awak nak lari daripada saya?. Saya bukan nak buat apa-apa pun kat awak ”. Ujar Fatih lelah. Lelah dengan sikap Si Ain Nazrah yang tidak memahami kehendaknya.

“ Awak nak cakap apa lagi Fatih, tak puas ke selama dua minggu nie awak asyik bercakap je? ”. Tanya Ain dengan nada yang geram. Geram dengan sikap Fatih yang tidak mengenal erti putus asas untuk menarik perhatiannya.

“ Err saya.. ”.

“ Sekarang ni awak dengar pulak apa yang saya hendak cakap okay ”. Pintas Ain sedikit lelah, sambil mengangkat tangannya mengisyaratkan Fatih agar memberi peluang untuknya meluahkan gelodak perasaan. “ Saya sebenarnya bukan tidak berminat berkenalan dengan awak dan buat pengetahuan awak saya saya tiada hati pun kat awak. Jadi tolong jangan kacau saya dan tunggu saya kat bus stop ni lagi, dan satu lagi awak kan boyfriend  Mimi, jadi tolonglah setia pada yang satu dan buat la perangai macam orang yang dah berpunya . Saya tak suka lelaki yang buaya ni ”. Dengan sekali lafaz je tutur Ain dan tidak berkias-kias bagai dah. Ain turus ke point utama, malas dia nak jaga perasaan lelaki itu.

Fatih tersenyum simpul. Seronok dia melihat mulut kecli itu berdecik melepaskan geram. Dengan tangan-tangan lagi naik. Apa yang diujarkan gadis itu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. “ Kalau macam tu, apa kata kita berkawan. Nak tak? ”. Tawar Fatih cuba mengalih niat gadis comel dihadapannya ini, jangan harap dia nak dengar permintaan Ain tadi. Hati dia benar-benar dah jatuh cinta kepada gadis itu dan dia tak akan mengalah dengan begitu mudah. Arghh dia tidak pernah mengalami perasaan sebegini dengan perempuan-perempuan lain. Ain Nazrah begitu istimewa baginya.

Sikap dan keperipadian Ain Nazrah yang garang dan pandai menjaga diri itu membuatkan hati lelakinya begitu teruja untuk memiliki hati gadis tersebut. “ For you information ,I and your roommate not lovers okay ”. Sambung Fatih, sempat lagi dia menerangkan status hubungannya dengan Mimi. Gila dia dengan Mimi pasangan kekasih! Dengan sikap sosial dan gedik wanita itu, dia memang tidak sanggup. Sekadar teman berbual dan melepaskan stres boleh la fikirnya.

Tercegang Ain Nazrah. Boleh lagi dia tawar-menawar keputusanya. Memang tak faham bahasa sungguh. Dia tak peduli jika mamat ni bercinta ke tidak dengan Mimi. Ada dia kisah?. Apa yang dia inginkan agar Fatih ni tidak menganggunya ketenteraman hidupnya yang selama ini aman dengan keindahan menghijau hutan sintok ni.

“ Fatih, listen I dont care if you want to couple with anybody girl, but please... please do not disturb me again and again. I feel uncomfortable! ”. Luah Ain Nazrah buat kali yang kedua. Kalau mamat poyo ni tak reri-reti bahasa lagi, tahu lar dia nak ajar orang yang keras kepala ni.

“ Ain, saya Cuma.. .”.

Belum sempat Fatih menghabiskan ayatnya, satu suara tiba-tiba datang menegur. Membuatkan kedua-duanya serentak berpaling kearah suara tersebut.

“ Ain... apasal ni, kenapa cakap jerit-jerit ni?. Dari hujung trafick light sana lagi suara kau dah berkumadang. ” Tegur Maira Azreen, merangkap kawan baik Ain Nazrah. Terintai-intai dia tadi suara siapalah yang tengah bertekak dekat bus stop ni. Apabila melintasi lampu isyarat  tadi barulah dia cam pemilik suara yang lantang ni. Ain Nazrah rupanya!.

Arghh lega. Itulah perasaan Ain Nazrah sekarang. Nasib baiklah kawan baiknya ini sampai tepat pada waktunya. Ahmad Hulwan Fatih pula mula tarik muka. Tidak senang dengan kehadiran gadis ini. Kemunculan gadis in akan merencatkan interaksinya dengan Ain. Ah kacau!!. Bentak hatinya.

“ Selamat...selamat... ”. Ucap Ain Nazarah sambil mengheret tangan Maira Azreen ke sisinya. Senyuman leret dihadiahkan buat sahabat baiknya ini.

“ Apa yang selamatnya Ain? ”. Tanya Maira Azreen, sambil matanya sempat mengerling Fatih di hadapan Ain Nazrah. Ini tidak lain tidak bukan, sesi mengayat lar ni. Desis hatinya.

“ Selamat daripada di baham buaya darat Maira.. .”. Jawab Ain, sambil kakinya tergesa-gesa melangkah ke arah pintu bas yang sedang elok berhenti dihdapanya. Kena cepat-cepat melangkah sebab sekejap lagi akan menyerbu golongan pelanggan wajib UUM untuk naik bas bagi  petukaran DKG. Lumrah bagi pelajar di sini berebut-rebut naik bas. Maira pulak tegesa-gesa mengejar langkah Ain, binggung seketika dengan situasi sekarang.

Fatih sekadar senyum tawar mendengar gelaran gadis idamannya terhadap dirinya. Sempat lagi dia melambai tangan ke arah Ain Nazrah. Ain aku pastikan dapatkan kau!. Tekad hatinya sambil berlalu daripada tempat penungguan bas itu.






No comments:

Post a Comment