Thursday 9 January 2014

Bukan Cinta Halal Part 7


Geram sungguh Ain dengan sikap main-main Fatih. Baru hari ini tahu Fatih sebenar bukan pelajar akaun pun. Hidup-hidup dia ditipu, alasan Fatih sangat mudah dan selamba ‘kalau Fatih tak buat macam tu, Ain tak nak layan Fatih’. Rasa nak terbakar hatinya, dia bukan mainlah bertungkus-lumus mengajar Fatih, tapi itu semua agenda memikat Fatih. Dilihatnya Fatih segak berjalan menghampirinya, tangan kirinya memikul beg sandang manakala tangan kanannya memegang buku akaun. Tak puas lagikah Fatih mahu mengenakannya?.

Sory sayang jalan jam, “ ujarnya sambil mengambil tempat disebelah Ain.

Jam apanya, bukan time staf pulang waktu ni, bisik hati kecil Ain. Fatih sejak dari dulu selalu lambat, kini makin menjadi-jadi lambatnya. Ucapan maaf Fatih dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Jawab atau tidak, tidak berbekas pada Fatih. 

“ Ni kenapa bawa buku akaun, tak puas lagi nak kelentong Ain? “ sindir Ain kasar, dilihatnya Fatih hanya tersipu-sipu, mengaku kesalahan diri.

“ Nak hantar kat library, dah lama lepas due date kena bayar denda lar ni, “ jawab Fatih tersengeh-sengeh. Masih marah kepadanya lagi kot. Kes ini terbongkar pun sebab Si Tirah mulut murai lah ringan mulut bercerita, tak boleh buat geng bersubahat langsung.

Ain tidak memberi respon. Tiba-tiba Fatih rasa letih melayan kerenah Ain, bercakap dengannya selalu garang-garang, nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh, banyak pantang larangnya. Dia ingatkan dah naik taraf bercinta ini Ain akan berubah dalam soal melayannya dengan lebih lembut dan baik, namun sayang Ain tiada pun sikap romantis yang dia dapat rasakan. Gadis itu masih lagu beku dan bersikap tegas seperti dulu. Silapkah dia membuat keputusan untuk jatuh cinta pada gadis ini?.

“ Fatih dari mana ni?, dah solat ke belum?, duduk lah depan, “ tegur Ain dengan berhemah, jari telunjuknya dihalakan pada kerusi dihadapan yang kosong. Fatih memang suka menyempitkan dirinya, dia tidak suka sikap Fatih ini, tidak menjaga batas pergaulan.

“ Dari Dpp lah, belum “. Jawab Fatih selamba. Terus dikalihkan tubuhnya ke kerusi hadapan, akur dengan permintaan Ain.

“ Ya Allah dah pukul 3.30 ni Fatih, kenapa tak solat dulu sebelum  turun datang sini, ? “ ditinggikan sedikit suaranya. Pantang dia kalau teman-temanya melewat-lewatkan solat. Lagipun dia tahu Fatih agak liat dalam mengerjakan rukun kedua dalam islam ini.

Fatih mendengus kasar, dia cukup bosan kerana acap kali ditegur benda yang sama oleh Ain. “ Dah Ain yang gesa-gesa Fatih suruh cepat, kejap lagi Fatih solat lah. Sekarang apa kata kita pergi makan dulu. Fatih lapar lah sayang..,” mendayu-dayu suara Fatih meminta Ain menemaninya makan tengah hari. Memang dia tengah lapar, pagi tadi hanya sebiji roti canai yang bertamu diperutnya.

Beristighfar panjang Ain mendengar jawapan Fatih, boleh lagi ajaknya makan tetapi tuntutan Allah hendak ditangguhkan dulu. “ Ada eloknya Fatih kerjakan apa yang wajib dulu, lepas tu, sampaikan esok nak suruh Ain temankan makan, Ain tak kisah. Tapi solat itu tiang agama, kita sebagai umat islam harus...”.

Stop Ain! kalau Fatih penat-penat berkejar datang kat sini hanya nak dengar Ain membebel dan panaskan telinga Fatih, baik tak payah! Fatih datang nak jumpa Ain nak luang masa dengan orang yang Fatih sayang bukan nak suruh Ain buka ceramah agama kat sini, kalau macam ni baik Fatih pergi je kat masjid,” dihentak kuat buku akaun yang berada ditangannya.

Kaget Ain melihat langkah Fatih yang meninggalkan dirinya terkontang-kanting di sini. Fatih sekarang memang kuat membentak, pantang ditegur mula nak mengamuk. Dimana hilang sikap romantisnya dan prihatin Fatih?, Ain pun tidak tahu.

Bipp.... Bunyi mesej memasuki telefon Ain. Fatih.

Fatih> Hai syg, dh tdo blum?

Ain> Belum.

Fatih> why,miss me?

Ain> Urmm.

Fatih> knp ni, marah Fatih lg ke syg?

Lama Fatih menunggu, tiada balasan. Lantas didailnya nombor Ain, tiga kali nada dering berbunyi telefon Ain diangkat. Salam Ain dijawab dengan lembut, teknik memujuk suara harus selembut habis. Fikirnya.

“ Ain marah lagi ke? Maaf, Fatih tadi penat sangat, pergi sana nak jumpa Ain tapi Ain pulak yang bual perangai jadi emosi Fatih jadi tak stabil. Sory erk sayang lain kali Fatih tak buat lagi, “ janji Fatih, tengah hari tadi memang dia bengang, rimas dengan pelbagai suruhan Ain, tetapi dia tak boleh bergaduh lama-lama dengan Ain panasaran jadinya, tiap-tiap malam suara gadis pujaannya itu harus didengar terlebih dahulu baru tidurnya akan lena. Tetapi Ain tidak suka dia terlalu kerap menelefon. Arghh tension dia dengan Ain, macam ini kah cara orang bercinta?.

“ Ain tak marah, tapi Cuma Fatih tolonglah jaga....”.

“ Ok-ok, lain kali semua benda Fatih akan jaga, solat ke, jarak duduk dengan Ain ke and apa-apa benda yang Ain tak suka. Puas hati,? “ potong Fatih, malas dia nak mendengar larangan yang sama daripada mulut gadis itu.

Ain mengeluh kecil. Bercinta bukan perkara mudah rupanya. Tambah-tambah lagi bercinta dengan Fatih, seorang lelaki yang agak nakal dan hanya suka berseronok. “ Ok,” jawab Ain pendek dia juga malas nak memanjang hal ini. “ Fatih dah makan malam,? “ sambung Ain lagi, cuba mengalih topik yang hangat tadi, dia juga tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan apabila merasakan angin Fatih agak baik malam ni.

“ Sahkan  makan malam, makan tengah hari pun belum sayang, “ ucap Fatih agak lirik, mahu menagih simpati. Kerana panas hati tadi makan pun dia tidak berselera, bila ditanyakan oleh Ain sekarang tiba-tiba dia terasa lapar.

“ Lar, kenapa tak makan kan dah lewat malam ni? Kan Ain selalu pesan jaga waktu makan, “ terasa bersalah juga Ain, kerana marahkan dirinya Fatih mogok untuk makan.

“ Semua ni, Ain lah punya pasal, jadi sebagai denda Ain kena teman Fatih makan, now! “. Ugut Fatih, dia mahu mengenakan Ain malam ni, biasanya perasaan bersalah Ain akan menyebelahi dirinya. Untung sabut timbul, telah hatinya.

“ Nak teman tu, memanglah boleh, “.

Yesss!! Kedengaran suara Fatih menjerit girang. Nampaknya hajatnya tercapai.

 Tapi bukan malam ni, mungkin lain kali, “ bunyi keluhan kuat daripada Fatih. “ Kan dah lewat malam ni Fatih, tak elok kita berjumpa malam-malam, “ sambung Ain lagi.

“ Lain kali Ain tu bila? Minggu depan, tahun depan? Dah lah nak jumpa payah, dah jumpa selalu buat perangai, macam ni ke orang bercinta? Fatih rasa Ain macam tak serius, tak ada komitment dalam hubungan, “ panjang lebar komen Fatih. Dia penat dengan Ain, sejak bercinta boleh di kira hanya beberapa kali mereka berjumpa. Kata ain berjumpa selalu tidak elok kerana apabila berdua ada yang ketiganya.

“ Habis Fatih nak macam mana? Selalu berjumpa, date situ date sini, duduk dekat-dekat, pegang sana sini, itu yang Fatih mahu? Sory okay, I’m not stupid girl and for your information saya bukan seperti perempuan yang awak selalu awak kelek ke hulu ke hilir  dan boleh buat sesuka hati, “ naik angin juga Ain dengan Fatih yang mempersoalkan perasaan dan komitmentnya, siapa Fatih untuk menilai perasaannya?.

“ Saya tahulah, saya bukan lelaki baik dan beriman seperti yang awak idam-idamkan.  Tak layak bergandingan gadis suci seperti awak, tetap juga saya masih tebalkan muka nak bergandingan dengan awak, tapi jangan sesekali awak hina maruah saya, saya masih tahu halal dan haram! “. Bentak Fatih kasar, terus telefon dimatikannya. Sebegitu rupa Ain menilai dirinya, bukan dia pinta untuk bercinta secara berlebih-lebihan tetapi hanya sedikit perhatian daripada gadis itu cukuplah.


Bukan Cinta Halal Part 6


Fatih! Desis hati Ain, sudah dua hari Fatih kembali ke kampus, selama itu jugalah Fatih seolah-seolah lupa akan dirinya. Kali ini kali ke empat dia tersempak dengan Fatih, tetapi reaksi Fatih hanya biasa malah membuat dirinya macam tidak wujud, dengan Maira boleh pula Fatih berbual mesra hanya Arraf yang bertegur sapa dengannya. Nampaknya Fatih memang sudah berputus arang untuk tidak menganggu dia lagi. Entah kenapa dia rasa kehilangan, sebak dan sedikit kecewa dengan perlakuan Fatih.

Minggu seterusnya, matanya tidak lepas memandang ke arah dua pasang yang enak berjalan sambil bergelak ketawa. Fatih dengan Umi. Umi merupakan pelajar International Busines (IB) amat popular dalam kalangan lelaki. Walaupun  tubuhnya sedikit gempal tetapi gaya dan kepandaian dalam berbicara membuatkan ramai lelaki memandang keistimewaannya itu. Tiba-tiba hati Ain terasa bagai dihiris sembilu. Perit!. Fatih memang kejam, dulu katakan cinta dirinya, tapi belum mencecah sebulan Fatih dah cuba test market dengan orang lain pulak. Dasar lelaki buaya!. Marah Ain membuak-buak dalam hatinya. Dia patut bersyukur kerana bijak menolak cinta daripada Fatih. Tetapi hatinya pula belot, mentafsir rasa marah itu sebagai cemburu. Sudah jatuh sayangkah dia kepada Fatih?. Parah!

 “ Kenapa dengan kau ni Ain? “. Tanya Tirah, hairan dia melihat Ain yang berselimut litup tengah hari tegak ni.

“ Badan aku rasa seram sejuk, mungkin nak deman kot “. Agak Ain, sejak semalam lagi tubuhnya kurang enak.

“ Kau ada kena hujan ke? “. Tanya Tirah lagi, tangannya diletakkan di dahi Ain. Panas. Lantas dialih ke leher pula. Lagi panas. Sah deman. “ Urmm kau dah deman ni Ain, panas betul badan kau. Panadol ada? “. Sambung Tirah lagi, kesian dia tengok Si Ain ni, Mimi pula jarang lekat kat bilik, pada dialah Ain mengadu dan meminta pertolongan sekiranya berlaku kecemasan di DPP.

“ Kena hujan apanya? Kan dah dua tiga panas  terik je. Aku dah telan panadol, kejap lagi baik lar ni “. Terus matanya dipejam, sakit terasa sendi-sendi badannya. Dia mahu tidur, dengan tidur sakitnya akan hilang. Fikir Ain.

“ Jadi deman bersebab lar ni...”. Teka Tirah dengan senyuman meleret. Dia melihat Ain membuka kembali matanya yang terpejam tadi. Belum dia sempat menjawab tekaannya tadi Ain kembali meneutup matanya kembali. Malas mendengar colotehan mulutnya barangkali. Tetapi tetap juga dia sambung ayatnya. “ Mesti deman rindu kan? “.

Sejurus itu mata Ain terbuka buat kali kedua. Terkejut dengan kenyataan Tirah. Deman rindukah dia? atau deman terkejut? atau pun deman kecewa? dengan apa yang dilihatnya petang kelmarin. Gelak ketawa Fatih dan Umi mula bermain di fikirannya. Kepalanya mula berdenyut kembali. Tanpa sepatah kata tangannya mula mengusir keluar Tirah dari biliknya. Tirah yang terpinga-pinga melihat keadaan Ain yang nampak Stress. Segera dia bangun dan keluar dari bilik Ain.

Sudah separuh hari dia menunggu kelibatan Ain di hadapan bangunan CAS, tetapi tidak juga-juga timbul-timbul. Hari ini Ain ada dua kelas di bangunan CAS, sudah pukul 3.15pm, kejap lagi Ain akan keluar daripada dewan kuliah. Dikerling Umi di sebelahnya, nampaknya sudah kebosanan, dia menipu Umi dengan katanya mahu berjumpa kawannya di sini. Rancangannya hanya mahu Ain melihat dia dengan Umi, dia mahu melihat reaksi Ain.

Sejak pulang daripada Hospital Jitra, dia diberi cuti agak panjang untuk memastikan dirinya bebar-benar pulih. Tidak sangka pula dia boleh deman gara-gara bermandi hujan. Selepas tubuhnya benar-benar sihat dia melangkah ke kampus dengan plan baik punyer. Sengaja dia pura-pura tidak mempedulikan Ain, orang kata bila kita ada di hadapan kita tidak di hargai dan bila hilang mulalah tercari-cari. Dia mahu Ain mencari dirinya. Dia mahu Ain menghargainya sebagaimana dia menghargai rasa cintanya ini.

Pelajar mula berduyung-duyung keluar dari dewan kuliah. Diintainya Ain dicelah timbunan orang itu, kelibatan Maira, Tirah dan beberapa gadis lain yang dia sering nampak Ain dan mereka berbual selepas kelas. Mana Ain?. hatinya mula berdetak bertanya. Di tunggunya seketika, jikalau Ain masih dibellakang teman-temannya. Tiada. Terus kakinya mengejar langkah Maira dan kawannya yang sudah melintasinya. Ditinggalkan Umi yang terpinga-pinga di situ. Laungan Umi memanggil namanya tidak dihiraukan.

“ Maira kejap..”. Panggilnya kuat. Sekumpulan gadis dihadapanya berpaling.

Maira mengisyaratkan agar teman-temannya yang lain beredar dahulu. Hanya Tirah yang masih setia disisinya. Fatih ada tak akan Tirah nak lari. “ Ada apa Fatih? “. Tanya Maira, sambil membetulakan kedudukan bukunya yang hampir mengelosor jatuh.

“ Errkk.. Ain mana?, dari pagi lagi saya tunggu kelibat dia. Tapi tak nampak pun? “. Tanya Fatih agak segan sikit.

“ Owhh, Ain deman, dia MC hari ni, “ potong Tirah, belum sempat Maira membuka mulut menjawab pertanyaan Fatih. Tersengeh-sengeh dia memandang muka hensem Fatih. Kenapalah Fatih tak minat dia?. Kan lagi bagus Fatih syok kat dia. Sempat lagi fikirannya merawang ke arah lain.

Tergeleng-geleng kepala Maira dengan keghairahan Tirah bila berhadapan dengan Fatih. 
“ Ain kurang sihat sikit, awak ada apa-apa pesanan untuk Ain ke? “. Tanya Maira, macam penting je dia tengok Fatih mencari Ain, sejak pagi tadi lagi dia perasaan Fatih tercari-cari kelibat Ain.

“ Hahh awak bagitahu saya, saya kan jiran Ain, lagi senang nak sampaikan pesanan,” sampuk Tirah lagi. Terujanya dia dapat menjadi posmen untuk Fatih.

Muka Fatih kejung mendengar khabar berita yang kurang baik itu. Kelmarin elok-elok je dia lihat Ain bersama-sama kawan-kawannya. Hari ni deman pulak. Hatinya bimbang dengan keadaan Ain. “ Macam mana Ain boleh deman pulak, kelmarin baik je,? “.

“ Sakit, bila-bila masa boleh ber...”. 

“ Ain deman sebab rindu awak lah Fatih, “ sekali lagi Tirah memotong percakapan Maira.
 “ Aduhhh... sakit lah Maira.., ” Tirah mengosok-gosok pehanya. Perit akibat dicubit oleh Maira kerana kelancangan mulutnya.

Terbit senyuman dibibir Fatih apabila mendengar kenyataan Tirah tadi. Jika benar Ain deman sebab rindu akan dirinya, bahagia hidup ini hanya dia punya. “ Ok thanks, pesanan kat Ain jangan lupa makan ubat. Rindu saya pada dia lagi kuat, “ pesan Fatih dengan senang hati. Kini hatinya sedikit lega, dia boleh teruskan dengan langkah yang keseterusnya pula.

“ Fatih, jangan main-mainkan Ain, hati dia cukup suci, sekali awak lukakan Ain, parut kelukaan itu akan kekal selamanya,” pandangan Maira tepat ke arah Fatih cuba memberi amaran.
T
ersenyum sinis Fatih mendengar ungkapan Maira yang berbau amaran itu. Di tepuk-tepuk dadanya perlahan. “ Di hati ini, hanya degupan nama Ain saja, “ selepas menuturkan kata-kata tersebut, Fatih segera berlalu dari situ. Maira dan Tirah hanya memandang langkah keegoaan Fatih.

Kring....kring.....kring....kring......

Agak lama nada dering tasbih cinta berkumandang di telefon Ain. Ain masih lagi tidak percaya menerima panggilan daripada seseorang yang menyebabkan dia deman teruk sebegini. Arghhh dia tidak tahu kenapa dia mudah kalah dengan keindahan mainan dunia. Telefon yang tadi cerah kini sudah gelap, nada dering juga mati tiba-tiba. Menyesalkah dia tidak menyahut panggilan tersebut?. Belum sempat kecewa mula membadai hati, nada dering sama kembali berlagu. Dengan sedikit teragak-agak tangan kanan Ain mencapai telefonnya, sebelah lagi tangannya cuba memaut baju sejuknya agar rapat ke tubuh, melawan kedinginan suhu badannya.
“ Assalaimualaikum,  Ain “.
“ Waalaikumusalam “. Salam Fatih disambut dengan nada suara yang perlahan. Terasa sesak nafasnya seketika mendengar suara gemersik Fatih. Sudah agak lama suara yang suka mengusiknya itu tidak menyapa halwa telinganya.

“ Ain macam mana, dah makan ubat? “. Fatih cuba mencari ayat perbualan. Terasa agak kekok bercakap dengan Ain yang agak pendiam ketika ini. Ain yang biasa dia kenal, menjawab salam dengan garang, perbualan yang mengsia-siakan tidak sama sekali akan di layan.

“ Urmm, Alhamdulillah dah sihat sikit, “ jawab Ain masih juga perlahan. Dia tidak tahu kenpa malam ini dia tidak setegas malam-malam sebelum ini.

“ Baguslah kalau, macam tu. Nanti makan ubat ikut masa. Maaf ganggu Ain malam-malam ni. Urmm, ok lah Assalaimualaikum “.

“ Fatih tunggu....,” cepat-cepat Ain memanggil Fatih, terkejut dia Fatih ingin memutuskan talian setelah bertanya khabar tentang dirinya saja.

Fatih dihujung talian telah bersorak riang. Saja dia berpura-pura ingin memutuskan talian, ini semua untuk menarik simpati Ain terhadap dirinya. “ Ada apa Ain? “.

“ Errkk, saya nak minta maaf, atas ketelanjuran kata saya kat awk tempoh hari, dan menyebabkan awak deman, dan saya tak hubungi pun awak untuk bertanya khabar. Maafkan saya Fatih, “ ucap Ain dengan nada yang sesal dan segan. Biarpun teruk dia layan Fatih, tetapi Fatih masih lagi menghubunginya untuk bertanya khabar tentang kesihatan dirinya.

Nun jauh di sana  bibit-bibit kebahagian akan mula mewarnai hidup Fatih. Sudah semakin dekat dengan maklamatnya. Cool down Fatih, dihembus kata-kata penenang  kepada dirinya.

“ Awak tiada salah di mata Saya Ain, saya yang harus sedar siapa diri saya untuk bergandingan dengan awak, “ ucap Fatih lirik. Dulu apabila mendengar kata putus daripada dulu, dia hampir putus asa. Tetapi jangan panggil dia Ahmad Hulwan Fatih, jika dia mengalah dengan mudah.

“ Fatih, bukan itu maksud saya yang sebenarnya...,” arghh tertekan rasanya Ain, dia tidak tahu macam mana ingin luahkan perasaannya.

“ Kalau bukan macam tu, tolong beri saya peluang, hanya sekali Ain, “ cantas Fatih pantas, dia harus pandai mengambil kesempatan atas kekeliruan Ain sekarang.

Terpaku seketika Ain, tubuhnya yang tadi dingin kini mula merenik peluh. Apa yang harus dia jawab. Dia tidak mahu terlibat dalam cinta, namun perasaannya kini sudah parah.

“ Ain saya janji yang saya tak akan sia-siakan awak, sebagaimana saya menjaga diri saya, sebegitulah saya akan menjaga awak, “ Fatih masih lagi mengungkapkan kata-kata pujukkan.

Ain masih lagi diam, dia kebinggungan dalam memberi jawapan. Dia ingin masa untuk berfikir.

“ Tak apalah Ain, saya terim... “

“ Saya setuju! “. Jawab ain pantas. Arghh apa yang dia dah buat ni, lain yang ingin dia cakap, lain pulak yang keluar. Nampaknya kehendak hati dan mulutnya berbeza.

“ What! Betul ni Ain, awak jangan main-mainkan saya? “ tanya Fatih dalam keterujaan walau hatinya masih lagi ragu-ragu. Hampir nak pitam dia mendengar pengakuan penerimaan daripada Ain.

“ Lagi sekali awak tanya, saya cancel terus, “ ugut Ain, mukanya dah tebal berinci-inci. Dirasakan demanya kebah dengan tiba-tiba. Hebat kuasa cinta rupanya, yang sihat boleh sakit, yang sakit boleh sembuh.

“ Ok-ok, terima kasih Ain, saya janji yang....”.

“ Jangan Fatih, jangan janji apa-apa dengan saya, saya takut saya kan tuntut janji tu dengan awak nanti, dan awak tidak pula mampu untuk mengotakannya “ potong Ain lagi. Dia tidak mahu Fatih menabur janji-janji manis yang akan menyebabkan dia akan menuntut janji itu.

“ Ain, sekali saya janji tak akan saya mungkirinya, cinta saya pada awak adalah cinta suci dari lubuk hati saya, jangan awak meraguinya walau sekali. Saya Ahmad Hulwan Fatih berjanji yang saya akan mencintai Ain Nazrah selagi panasnya hembusan nafas ini berhembus, saya ingin menjadikan awak cinta halal saya, andainya jasad yang memisahkan kita, saya ingin mencintai awak hingga ke Jannah sana, “ panjang janji Fatih, seolah-olah dia lupa dia hanya manusia yang merancang.

Kata-kata Fatih disambut dengan rasa terharu dan sebak dalam dada Ain, dalam ingin menolak ungkapan indah itu, hatinya terbuai.
“ Errkk, saya dah mengatuk.., “

Arghhhh ...... sepoi semangat Fatih, bukan main lagi dia berjanji bagai, boleh Ain cakap dia dah mengatuk. Memang jenis yang tak pandai bercintai langsung Si Ain ni. Rungut hatinya. Macam mana pun, dia dah dapat Ain, dia akan ajar Ain untuk bercinta dengannya. Hatinya mula berlagu riang.

“ Errr, Ain ni lain yang Fatih cakap, lain pula Ain balasnya.. ok lah, Fatih bagi Ain berehat sepuasnya malam ni, untuk hari esok, esok dan esok hidup Ain, Fatih akan kacau. Good nite sayang, “ sengaja Fatih membahasakan namanya, dia harus memulakan sekarang untuk mula rapat dengan Ain.

Fatih? Sayang? Mahu pitam Ain mendengar. Fikirnya, Fatih terlalu kebudak-budakkan. Tetapi tidak diberitahunya, nanti Fatih pula merajuk, haru dia nak memujuk.
“ Err, awak pun tidur lah, esok kan ada kelas. Good nite to,  assala...“
“ Ain, Fatih pun nak minta maaf dengan Ain jugak “. Potong Fatih ada benda dia nak usik Ain.

“ Minta maaf untuk apa? Fatih tak pernah buat salah dengan Ain, “ lancar pula mulutnya membahasakan nama mereka. Ishhh mulut menderhaka sungguh.

Fatih senyum lebar, menukarkan panggilan nampaknya dia dah berjaya tanpa usaha keras sangat. “ Sebab buat Ain deman rindu kat Fatih.., “ tutur Fatih laju, sejurus itu gelak tawanya kedengaran. Tentu muka Ain akan kemerah-merahan menahan malu fikirnya.

Ain terpana... arghhh dia benar-benar ditimpa perasaan malu berganda-ganda. Terus telefon ditekan off cepat-cepat. Terasa diri bodoh jatuh sakit kerana seorang lelaki.

Bip.. bunyi mesej masuk ke dalam inbox Ain.

Fatih>  Thanks 4 this love.Fatih sayang Ain. sweet dream honey.




Bukan Cinta Halal Part 5


Kali ini sudah kali ke-empat Fatih berjaya memujuk Ain untuk mengajarnya subjek akaun. Di lihatnya Ain tekun membaca buku nota ditangannya, sudah tidak dibawanya novelnya itu, mungkin dah habis dibaca. “ Ain..” panggil Fatih, sambil memusing-musingkan pen di tangannya. Sekilas Ain mendongak, buku notanya dikepit dengan jarinya, untuk dijadikan penanda mungkin.

“ Kenapa, tak faham bahagian mana? “. Tanya Ain, dia sudah bersedia untuk memberi tunjuk ajar.

“ Bukan tak faham.. saya just nak bagitahu sesuatu “.  Dia harus berani! Tekad Fatih, sampai bila dia ingin memendam perasaannya ini. Lagipun Ain sekarang sudah makin baik dengannya tidak segarang dulu.

Ain hanya memandang muka Fatih, menunggu apa yang ingin diberitahu oleh Fatih.

“ Saya cintakan awak Ain ”. Jelas dan terang.Tanpa berkias bagai Fatih straight to the point. Itu yang dia mahu luahkan, jadi buat apa dia ingin pusing-pusingkan lagi.

Ain terpana, buku yang disepitkan dengan jari hampir jatuh ke lantai. Anak mata Fatih yang bercahaya itu menikam jauh ke dasar anak matanya. Terpaku dia sejenak, tidak tahu reaksi apa yang dia harus berikan. Bukan ini yang dia mahukan.

“ Ain saya tahu awak tak cintakan saya, tapi tak salah kalau awak beri peluang kepada saya untuk bertapak di hati awak dan awak tolonglah buka hati awk untuk terim.......”.

Stop Fatih! Awak jangan ingat saya baik dengan awak, awak boleh minta yang bukan-bukan dengan saya! “. Tengking Ain agak kuat, mata-mata lain mula memandang drama sebabak ini. Dia tidak peduli. “ Mulai hari ini awak jangan call or ganggu saya lagi ”. Sambung Ain lagi. Dia sudah tidak betah lagi berhadapan dengan Fatih selepas apa yang didengarnya tadi. Dikemaskan barang-barangnya, lalu secepat mungkin dia beredar di meja itu.

Terkesima Fatih mendengar bicara Ain, takkan dia meluahkan perasaannya Ain sudah memutuskan hubungan persahabatan yang baru terjalin ini. Fatih mengeluh kasar. Kesal dengan sikap Ain yang terburu-buru membuat keputusan. Dia bukan memaksa untuk Ain jatuh cinta dengannya, tetapi tidak bolehkan dia diberikan sedikit peluang? Tidak layakkah dia?. Fatih bangun dari tempat duduknya, dia perlu dapatkan penjelasan Ain.

Hujan sudah mula laju merintik-rintik membasahi bumi Sintok, selaju langkah Ain meninggalkan perkarangan library. Dia tidak sangka Fatih seberani itu meluahkan perasaan kepadanya. Sedangkan Fatih sudah sedia maklum bahawa dia tidak ingin bercinta semasa alam pengajian. Dari arah belakang, sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil berkali-kali oleh seseorang. Dia sudah terlalu arif dengan suara itu. Makin dekat suara itu mencecah gegedangan telingannya, makin laju langkahnya. Hampir terjatuh dia, apabila begnya direntap kasar dari arah sisi kanannya.

“ Fatih awak ni dah gila ke hah?? “. Kuat suara Ain menjerkah Fatih. Tidak dia sangka Fatih akan mengejarnya.

“ Iya, memang saya gila, gila sebab awak yang tak nak faham tentang perasaan saya dan tak nak memberi saya peluang untuk mengenali awak “. Suara Fatih juga turut melengking kuat. Dia sudah hampir hilang sabar dengan Ain yang suka mengelak daripada berbicara soal hati.
“ Hahaha..awak dah kenal saya Fatih dan awak dah tahu saya tak suka terlibat dalam soal perasaan”. Ain pura-pura tergelak kecil. Dia sudah menyatakan pendiriannya dari dulu lagi. Kenapa hari ini Fatih masih mempersoalkannya?.

Fatih meraup rambutnya kebelakang, titisan-tisan air hujan sudah mula semakin membesar. “  Tak boleh ke awak beri saya satu peluang untuk membuktikan saya benar-benar ingin menjadikan awak sebahagian daripada hidup awak “. Fatih masih lagi berharap Ain akan mengubah keputusannya.

Ain mengeleng-geleng kepalanya, air hujan yang menimpa dirinya tidak lagi dihiraukannya. “ Tak... selama-selamanya tak akan Fatih.. tak akan cinta ini buat awak Fatih “. Terasa serbu dadanya saat mengucapkan kata-kata itu. Seraya itu dia meninggalkan Fatih yang jelas kecewa dengan pengakuannya itu.

Fatih diam tidak terkata saat Ain menuturkan kata-kata yang jelas merobek jiwanya. Langkah Ain dipandang sepi, dipegang dadanya yang terasa sakit, seolah-olah nyawanya melayang membuntuti langkah Ain. hujan mula lebat menimpa tubuhnya, selebat tanggisan hatinya yang kecewa dengan penolakkan Ain. Argghh sakitnya dicengkam perasaan yang tidak berbalas, adakah rasa sebegini yang dirasai oleh setiap gadis yang meluah cinta kepadanya dan ditolak mentah-mentah olehnya.  Adakah dia patut beralah dengan keputusan Ain? Lupakan Ain!. Tekadnya.

Ain menyarung kasutnya tergesa-gesa, dia sudah lewat mahu pergi ke kelas. Gara-gara maratton untuk menyiapkan assignment semalam, hampir pukul 4 pagi dia tidur. Hasilnya, dia terlajak tidur nasib baik dia period sekarang kalau tak dah terbabas subuhnya.

Pintu dewan bilik kuliah ditolaknya kuat, menyebabkan semua pelajar lain memandang ke arahnya, tidak terkecuali lecturenya.. tunduk hormat diberikannya memohon minta maaf atas kelewatannya. En. Fadzil hanya menganguk tanda memaaf dan mengizinkannya mengikuti kuliah tersebut.

“ Apasal kau lambat sangat nie, setenggah jam woii”. Tanya Maira berbisik selepas Ain mengambil tempat duduk disebelahnya.

“ Terbabas tidur.. “. Jawab Ain sepatah. Matanya terus tunak memandang ke hadapan, dia perlu fokus.

“ Ain,  dah 3 hari aku perasaan yang kau macam tak sihat je “. Tanya Maira, dia perasaan sejak 2 3 hari ini Ain suka termenung dan tidak fokus dalam kelas. Bila ditanya katanya ok.

“ Aku ok je, kenapa? “. Tanya Ain balik. Jus oren dihadapannya disedut sedikit. Hari ini mereka sarapan di Cafe Merah, Cafe kesukaan Fatih. Fatih? Dah hampir seminggu dia tidak melihat wajah itu.

“ Ok apa?, macam orang putus cinta lagaknya... Ohh Fatih mana ya?, dah lama aku tengok dia tak kacau kau. Kat Cafe ni pun dia tak ada, biasanya ada ternampak juga dia lepak-lepak “. Kepalanya dipusing-pusing mencari kelibat Fatih, kot-kot ternampak. Pelik juga Maira, biasanya waktu-waktu begini akan ada Fatih datang menyempit duduk semeja dengan Ain. Ke bergaduh dua orang ni?. Tekanya, apabila melihat Ain macam tidak peduli pertanyaannya. Sah gaduh!

“ Ain kau nak tak kenapa Fatih tak kacau kau dalam seminggu ni? “. Disiku lengan sahabatnya itu.

Ain buat tidak peduli dengan pertanyaan Maira. Dia tekun menulis nota kenegaraan. Dia tekad tidak mahu ada kena-mengena dengan Fatih lagi.

“ Urmm teruk juga erkk, deman sampai masuk wad bagai..”. Ujar Maira seolah-olah bercakap dengan dirinya sendiri. Pantas kepala Ain mendongak memandang wajah sahabat baiknya itu. Yes! Jerit hati Maira, akhirnya dia berjaya menarik perhatian Ain.

“ Deman? Masuk wad? Kat mana? Dah ok ke dia?”. Tanya Ain sedikit blur. Sebab diakah Fatih deman ?. Dia pun ditimpa selsema 2 3 hari lepas gara-gara bermandikan air hujan.
“ Iyalah, Hospital Jitra, 3 hari kena tahan kat wad, ok ke tak, tak tahu lah aku. Tapi sampai masuk wad, tentu tak ok. Fatih tak bagitahu kau ke? Ke kau gaduh dengan dia? ”. Teragak-agak Maira bertanya, bimbang menguris perasaan kawannya itu. Di lihatnya, Ain sedikit gelabah selepas mengetahui keadaan Fatih. 

“ Mana kau tahu semua ni? “.  Tanya ain sedikit curiga. Setahunya Maira tidak suka dia berkawan rapat dengan Fatih.

“ Mana lagi, Si Tirah mulut murai tu lah, dia kan AJK Go-Kart, tentulah dia tahu kenapa Fatih tidak hadir latihan “. Terang Maira, dia tahu pun sebab kebetulan jumpa Tirah dan sempat sembang-sembang sikit.

Diangkat telefonnya, kemudian diletakkan balik. Sudah berkali-kali dia angkat, letak telefonnya. Dia ragu-ragu untuk menghubungi Fatih, hatinya meronta-ronta ingin mengetahui keadaan sebenar Fatih. Selepas dikhabarkan oleh Maira tadi, hatinya runsing, bimbang dan gelisah. Sudah sihatkah Fatih?. Pelbagai soalan lain lagi bermain dimindanya. Dikuatkan hatinya untuk mendail nombor Fatih bagi menghilangkan kegusaran benaknya, tiba-tiba..

Bunyi pintu bilik dikuak kasar, menyebabkan Ain terperanjat kecil, dia kemudiannya meletakkan kembali telefonnya di sisi katil. Mimi dah balik. Tanpa bertegur sapa, Mimi menghempaskan tubuhnya ke katil dan zzzzzzz. Ain memandang sepi telefonnya, semangatnya untuk mengbungi Fatih telah hilang dengan bunyi dentuman pintu bilik yang ditutup kasar oleh Mimi. Mimi semakin hari semakin dingin dengannya. Bila ditegur, satu perkataan pun tidak dijawabnya. Akhirnya dia pun turut diam, sudah tidak tahu bagaimana cara untuk menegur gadis berhati batu itu.




Bukan cinta halal Part 4


Rambutnya yang sedikit panjang itu dibiarkan berselerak. Bila ditanya stlye katanya. Diambil sedikit gel rambut lalu disapukan dengan menggunakan tanggannya dan dilumurkan pada rambutnya yang hitam itu. Perfume jenama Gergio Amani pula dicapainya lantas disembur ke serata tubuh bagi membangkit aroma yang menggoda. T-shirt berkolar mengikut tubuh badan berwarna hitam bercampur purple dipadankan dengan seluar khakis berwarna kelabu amat sesuai digayakannya. Gaya maskulinnya begitu terserlah.

“ Wah hensem bukan main lagi kau Fatih, nak dating dengan Aina ke ni? ” . Teka Arraf, diambil sebatang rokok diatas meja Fatih lalu dinyalakannya. Di pandang Fatih sekilas lalu, Fatih anak orang berada pakaian yang mahal-mahal dan segala benda yang Fatih miliki adalah barang yang berjenama. Dia amat mencemburui Fatih. Berkawan dengan Fatih memberi kelebihan kepadanya untuk menumpang senang.

“ Bukan Aina tapi Ain ”. Ujar Fatih tersenyum bangga. Bangga dapat melembutkan hati gadis tersebut untuk keluar dengannya. Keluar atas alasan untuk belajar akaun lagi. Dia berbohong bahawa dia ada kuiz minggu hadapan. Terpaksa rela ain mengikut kehendak hatinya, dia cakap kalaulah dia tak lulus dia kiuz ini dia tak nak hadir untuk final exam nanti, tak ada guna katanya pergi exam tetapi tetap fail. Cerdikkan? Ain yang baik hati itu, sudah pasti akan simpati padanya.

Terpenpam Arraf mendengarnya. Tak akan budak baik macam Ain tu layan Si Fatih yang playboy ni. “ Ain Nazrah ke? Kawan Mimi? ”. Tanya Arraf ragu-ragu. Dia masih tak boleh percaya yang Ain boleh tangkap lentok dengan Fatih. Ini benar-benar tidak adil, sedangkan dia ada juga usha gadis tersebut secara berhemah lagi tetapi tetap dipandang sepi. Apa hebat sangat ke Si Fatih ni?!!. Bentak hatinya geram, Fatih sentiasa mendahuluinya dalam apa jua perkara sekali pun. Arghh adakah aku lahir untuk ditewaskan??!!

“ Iyalar Ain mana lagi ”. Jawab Fatih sedikit riak.

“ Habis Mimi kau nak taruk mana?, dieorangkan tu kan roommate kecoh pulak nanti ”.
           
           “ Apasal pulak kait dengan Mimi pulak ni?,  Mimi dengan aku macam kau dengan Mimi lah “.
            
          “ Aku dengan Mimi  lain, kita orang....”.
           
          “ Lain apa bendanya Raf, kau bukan tak kenal aku, aku keluar dengan dia pun sebab nak lepas kan tension, saja nak berseronok-seronok. Tak ada pulak aku declared ada relationship  dengan minah tu”.
            
          Asad rokok dilepaskan berkepul-kepul, disedutnya lagi sisa batang rokok tersebut. Malas dia nak berjawab bagai dengan Fatih. Tahu yang dia tak akan menang. Dia hanya melihat  Fatih sedang menyarung stokin biru gelap, kasut jenama Adidas itu disarungnya kemas.
            
         “ Aku blah dulu bro.. ahh jangan lupa baju aku nanti kau hantar pergi dobi.. duit ambil kat tempat biasa..”. Arah Fatih sambil tangannya menyeluk poket seluar dan terus dileparkan  kunci biliknya kepada Arraf.
             
         Baling kunci tersebut ditangkap kemas oleh Arraf. Terasa diri terlalu hina sehingga pakaian Fatih dia yang uruskan. Tanpa memikirkan mainan akal yang terasa dihinakan lantas tangannya menarik laci meja di hadapanya. Beberapa keping not duit yang berharga RM50 dicapainya dan dikepal sekuat hati. Kerana duit dia menjadi hamba lelaki itu. Duit memang ada kuasa.
            
          Fatih tergesa-gesa keluar daripada Honda Jazznya. Dia terlewat sikit, gara-gara berbual-bual dengan Arraf tadi. Langkahnya laju tetapi masih teratur kemah. Nampak bergaya. Dari jauh kelihatan Ain sedang tekun mengadap buku. Novel barangkali, telahnya. Semakin dipercepatkan langkahnya, tidak sabar mahu bertegur sapa dengan pujaan hatinya. Gadis itu hari ini nampak sedikit santai, hanya mengenakan blous berwarna unggu lembut dan berseluar panjang puith, itu pun sudah menyejukkan pandangan matanya. Bibirnya sedikit terherot. Ada rancangan mahu mengenakan gadis yang khusyuk membaca itu.

“ Ainnn Sayangg!!! ”. Sergah Fatih kuat dari belakang. Melompat Ain Nazrah dari tempat duduknya.

“ Iyaa aku sayanggg.....”.Terpelanting novel ‘Bukan Kerana Aku Tak  Cinta’ karya E-Man Sufi yang baru dibelinya kelmarin di kedai I Love Novel Changlun. Sambil-sambil menunggu kedatangan Fatih sempat juga dia habiskan tiga bab.

Tangannya mengurut-ngurut dada kerana masih terperanjat di sergah mamat sengal dihadapanya ini yang galak ketawakan dia. Rasa sakit pulak hatinya, apabila melihat orang ramai yang berada di ruang legar library turut tergelak kecil dengan telatahnya tadi. Boleh tahan kuat suaranya menjerit tadi, perkataan yang tak patut pulak tu.. Hatinya mendongkol geram!

2 minit, 3 minit, 4 minit, 5, minit. Ok dia sudah puas menunggu, Fatih makin lagi riang mengetawakan dia. Fine, terus dicapai begnya dan membuka langkah untuk beredar dari tempat tersebut.

Serta-merta  bunyi gelak tawa suaranya terhenti apabila melihat langkah Ain yang laju ingin meninggalkan dirinya. Terus dicapai novel Ain yang terjatuh tadi dan tergesa-gesa dia mengejar langkah Ain.

“ Ain...Ain..”. Panggil Fatih, tetapi tiada tanda-tanda Ain mahu menghentikan langkahnya. “ Ain..”. Terus lengan Ain dipautnya.

Sedikit tersentak Ain dengan pautan lelaki tersebut dan tidak menunggu terlalu lama terus direntak tangan lelaki terbabit. “ Fatih jangan kurang ajar! ”. Tengking Ain kuat. Fatih memang melampau, ini dah kali kedua lelaki itu menyentuh dirinya. Walaupun beralas tetapi dia tetap tidak suka. Dia merasakan dianya murah apabila senang-wenang disentuh oleh lelaki bukan mahramnya.

Okay sory.. saya benar-benar tak sengaja “. Ucap Fatih sambil kedua-dua tangannya diangkap tinggi lagat macam seorang pesalah. Terus novel yang berada ditangannya dirembat kasar oleh Ain. Terkejut Fatih, namun sedikit senyum dihulurkan jua. Marah-marah pun masih sempat mencapai novelnya itu. Detik hati Fatih. 

“ Janganlah marah Ain, saya tak ada niat apa-apa pun.. I just kidding “. Beku. Tiada apa-apa reaksi daripada Ain. Masam sahaja wajahnya. Kedua-dua tangannya disilangkan didada. Fatih tersenyum, pandai merajuk rupanya. “ Ain..” panggil Fatih. Masih tidak menyahut lagi. “ Ain cuba tengok atas pokok tu..”. Jari telunjuk Fatih menunding kearah satu pokok yang berdekat,  Ain turut memandang ke arah yang ditunjukan oleh Fatih. Kelihatan beberapa ekor monyet  sedang berjangkit-jangkit dari dahan ke dahan. Ain mengerutkan dahi, kurang faham apa yang ingin disampaikan oleh Fatih.

Fatih tersenyum lebar apabila dia berjaya menarik perhatian Ain. Namun Ain masih dalam mood merajuk, sepatah kata pun tidak keluar daripada bibir merah itu. Kerutan di dahi Ain menunjukkan gadis itu mahukan jawapan. “ Macam Ain lah, cemberut je muka, nak kawan dengan dia? “  Tanya Fatih selamba. Serta-merta wajah itu berpaling ke arahnya dan....

“ Aduhhh ”. Jerit kecil Fatih, sambil mengosok bahunya, bibirnya pula tidak lekang daripada senyuman. Perit juga dihempuk dengan novel oleh Ain.

“ Main-main iya Fatih? ”. Jawab Ain geram, tangannya yang memegang novel tadi laju saja dihayung pada bahu lelaki ini. Boleh dia samakan aku dengan monyet.

“ Hah keluar pun suara emas tu.. Maaf, lain kali saya tak buat lagi “. Janji Fatih, suka dia apabila melihat raut gadis itu tidak lagi kelat seperti tadi.

“ Malas saya nak layan awak “. Terus Ain berpusing dan melangkah balik ke arah library. Tercengang Fatih tiba-tiba dia kena tinggal pulak. “ Yang awak tercegat kat situ buat apa, nak kawan dengan monyet?. Cepatlah saya tiada masa untuk buat drama kat sini “. Sambung Ain lagi, lelaki itu tanpa banyak cakap terus je membuntuti langkahnya.

Ain, Ain. Kejap je boleh bertukar angin. Marah , merajuk dan terus boleh pulih dalam waktu masa yang singkat. Macam ada duopersonaliti pulak gadis idamannya ini. Fatih mengerling sedikit matanya memandang Ain yang jalan beriringan dengannya.. urmm bawah bahunya je ketinggian gadis ini. Kecik molek.











Bukan Cinta Halal part 3


“ Mana ada..pandai-pandai kau je Tirah. Aku bukan suka dia pun, Cuma aku rimas telefon asyik berbunyi dari tadi lagi ”. Nafi Ain menolak telahan Tirah jiran sebelah biliknya. Jikalau ada masa yang terluang memang rajin benar Si Tirah tu datang melepak dibiliknya. Dia pun tidak di timpa kebosanan sangat kerana Mimi susah nak nampak batang hidungnya, jarang sangat berada dalam bilik. Dia sebenarnya sakit kepala mendengar telefon asyik berdering. Tadi pun kali ke enam telefon Samsung Galaxy Advance miliknya berdering baru diangkat. Siapa yang rajin yang amat menghubunginya berulang kali kalau tidak  bukan Ahmad Hulwan Fatih. Dari mana fatih ambil nombor dia tidak tahu.

“ Aku dengar syok je kau cakap dengan mamat tu.. malu lah tu nak mengaku ”.  Giat Tirah mengusik Ain sampai kemerah-merahan pipi kawanya itu. Malu sangat!.

            Ain buat muka kaku, malas nak layan perangai Tirah yang suka mengusik tu. Matanya terus fokus pada laptop. Assignment Urbanisasi ini banyak menuntut kefahaman, jadi dia harus fokus. Lagipun niat hatinya hanya mahu belajar, lelaki dan cinta harus ditolak ke tepi buat masa sekarang. Fatih callnya tadi pun sekadar ingin bertanya sama ada dia suka tidak Coklat pemberiannya kelmarin.

            “ Aku dengar Fatih ada bagi kau coklat dan Teddy Bears, tapi tak nampak pun dalam bilik kau ni. Mana kau sorok erk? ”.

Melilau-lilau mata Tirah mencari benda alah tu. Busy body betul Tirah ni. Coklat pemberian Fatih itu habis di bedal Maira kelmarin jugak. Kata Maira, kawan baik kena kongsi semua benda.. iyalar tu.. Teddy bears pulak, awal-awal lagi dia sumbat dalam almari, nasib baik kecik senang untuk di sorok. Dia bimbang jika Mimi ternampak, dan menyebabkan Mimi fikir bukan-bukan pulak pasal dia dan Fatih. Lagipun dia tahu, Mimi minat dengan Fatih.

             “ Ain, aku rasa Fatih tu memang sukakan..... ”.

       “ Fatih suka siapa? ”. Potong Mimi Nabila, tajam memandang Tirah yang masih bertenggek kat katil milik Ain.

               Terasa kesat air liur Tirah untuk ditelan memandang anak mata Mimi yang mencerlung tajam ke arahnya. “ Aaaa..Fatih suka...”. Tergagap-gagap Tirah ingin menjawab balik. Bala, bala!

              “ Fatih kan suka main Go-kart, jadi Tirah ni nak jadi penyokong Fatih esok, tu je”. Dalih Ain. Dia pula yang tolong jawab untuk Tirah, bimbang Tirah tersalah sebut namanya pula. Nanti jadi masalah dia dengan Mimi.

          “Apasal kau pulak nak jadi penyokong Fatih?”. Tanya Mimi lagi, dia sedikit curiga dengan dua orang sahabat ini. Macam menyembunyikan sesuatu daripadanya.

             “Laa.. kan Tirah ni AJK  bagi aktiviti litar, tak salah dia nak sokong Fatih”. Ain tetap mempertahankan Tirah.

          Tirah pula terkebil-kebil memandang mereka berdua, tak tahu nak mencelah apa, dibiarkan Ain menjawab bagi pihaknya. “ Err aku keluar dulu lah iya Ain.. nanti kita sembang lagi.. Bye..”. Cepat-cepat  Tirah keluar dari bilik Ain, malas dia nak mendengar coloteh mereka berdua, nanti tak pasal-pasal dia yang kena.

           Ain hanya memandang langkah laju Tirah. Ermm kelam kabut melarikan diri, takut sangat dia dengan Mimi tu. Biasanya kalau Mimi ada dalam bilik memang jarang Si Tirah datang ke biliknya. Mimi pula dah terbongkang atas katil, penat sangat agaknya tu. Bunyi mesej daripada telefonya mengejut lamunannya. Segera dicapai telefon pintarnya, inbox dibuka. Fatih.
            
        “ Bukan macam tu lah.. eei awak ni, dah berapa kali saya ulang.. asyik buat kesalahan sama je”. Rungut Ain, geram dia dengan Fatih ni yang tak reti-reti nak buat kunci kira-kira. Sejak sebulan mengenali Fatih, hari ini dia mencatat sejarah apabila dia bersetuju untuk keluar dengan Fatih. Bukan keluar dating, tetapi keluar untuk mengajar Fatih subjek akaun. Tak pasal-pasal dia jadi mangsa kerana sebungkus Nasi Lemak. Ini semua Tirah punya pasal!.

“ Habis buat macam mana? ”. Tanya Fatih seolah-olah blur dengan soalan akaun dihadapannya ini. Saja je dia berlakon tidak mahir dalam subjek akaun. Selepas mendapat maklumat daripada Maira yang Ain ni, teror dalam akaun terus dia jadikan subjek akaun sebagai mangsanya. Dia juga harus berterima kasih dengan Tirah mulut murai tu, kerana membantunya dalam agenda Nasi Lemak.
            
         “ Hish! Tengok sini balik.. jumlah kredit dan debit ni kan tak balance, awak kena lah buat.....”.

           Ain dengan lincahnya menconteng kertas latihan Fatih. Satu persatu ditunjukkan jalan penyelesaiannya. Namun tidak bagi Fatih, kata-kata ilmu daripada mulut Ain hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Diteliti wajah Ain dari dekat, terlalu asyik dia memandang bibir mulut kecil itu mengeluarkan patah-patah perkataan. Tangannya mula naik menongkak dagu, memandang dengan penuh rasa kasih. Betapa Ain Nazrah mempunyai raut wajah yang cantik dan mempunyai sikat yang agak mencabar untuk dia pikat. Dia benar-benar panasaran!

          “ Hah faham tak? Cuba awak buat soalan no.6 ni. ” Ujar Ain lalu mengangkat wajahnya sedikit untuk melihat respon lelaki tersebut. Sedikit terpana dia apabila menyedari Fatih berada begitu dekat dengannya. Mata lelaki itu tepat memandangnya dengan senyuman manis diberikan. Ain sedikit gelabah dengan panahan mata lelaki itu, membuatkan rona wajahnya bertukar sedikit merah-kemerahan. Dianjak tubuhnya ke belakang, menjarakkan dirinya dengan Fatih yang terlalu menghimpit tubuhnya.

           Pandangan redup penuh dengan harapan dan selebar senyuman dihadiahkan untuk Ain. Dia tahu Ain terkejut dan tidak selesa dengan keadaan ketika ini. Wajah Ain yang merah itu ditatap dengan letusan ketawa yang agak menggoda. Gadis itu memang agak pemalu di sebalik ketegasan yang dipamerkannya.

            "Sorry, tak sedar ”. Ucap Fatih sambil mengeliatkan tubuh. Lenguh badannya menunduk untuk memandang Ain. Tetapi berbaloi, detak hatinya.

          “ Saya balik dulu lar, lagipun dah lewat dah ni ”. Terus dia bangun daripada kerusi kafe The Mall. Tanpa memandang Fatih sebelahnya itu, ligat tangannya mengemas buku miliknya yang dipinjam daripada Perpustakaan Sultanah Bahiyah tadi.

           Fatih terpingga-pingga, cepatnya dah nak balik. “ Habis tu soalan no.6 ni macam mana? ”. Laju mulutnya bertanya, sedikit gusar hatinya apabila Ain meminta diri untuk pulang. Dia belum puas menatap wajah gadis itu lagi.

        “ Kan tadi saya dah ajar, kalau awak masih tak faham, esok tanya lecture awak. Saya bukan cikgu akaun pun nak ajar lebih mendalam. Okay, Assalamualaikum ”. Terus ain membuka langkahnya meninggalkan Fatih yang masih menunujukan reaksi muka tidak puas hati. Lantak dia lah!

      “ Waalaikummusalam ”.  Jawab Fatih sedikit lemah, matanya memandang langkah bersemangat Ain. Laju saja meninggalkan dirinya terkontang-kanting di meja kafe ini. Segala kertas dan buku-buku lakonanya, di susun kemas. Tergelak sendiri dia memandang buku akaun yang tiada bersakut paut dengan bidangnya pun. Hari sudah semakin petang, dia pun mahu pulang ke Dpp Proton, dia mandi dan tidur. Penat berkejar dengan waktu kuliah dan temu janji dia dengan Ain. Belum sempat dia menyandang begnya. Suara itu datang menerpa telingganya kembali.

        “ Opss satu lagi, kira hutang Nasi Lemak tu dah selesai lah iya? ”. Segaris senyum dihulurkannya. Tanpa meminta atau menunggu balasan Fatih, Ain terus memusingkan badannya dan berlalu daripada meja tersebut. Lega hatinya kini, ini semua gara-gara dia tersalah memakan Nasi lemak Fatih, nak dijadikan cerita dia dan Tirah keluar untuk sarapan di Lego, tiba-tiba dia terasa nak terbuang air kecil, terus dia meminta Tirah membelikannya Nasi Lemak. Sejurus keluar daripada tandas, dia terus memakan Nasi lemak yang berada di hadapan Tirah. Dia ingatkan dia punya, tetapi Nasi Lemak itu sebenarnya Fatih yang punya! Yang dia geram Tirah hanya tersenyum memandang dia makan Nasi Lemak Fatih. Arghh kejam! Tirah saja nak mengenakannya. Apabila dia ingin membayar Fatih pula yang menolak, akibatnya terjadilah ‘temu janji akademik’ sekarang.

            Tanpa sebarang kata Fatih hanya mampu tersenyum simpul. Cukup indah perasaannya sekarang. Tidak pernah lagi Ain mensedekahkan senyuman manis untuknya. Hanya kata-kata penolakan dan suara garang gadis itu selalu yang dia dapat. Namun, itu lebih baik daripada Ain menolak dia secara terus. Dia harus meluahkan perasaanya ini, kalau tiadak sampai bila pun Ain akan terus bersikap dingin dengannya. Bisikan semangat yang lahir dari hatinya itu membuatkan dia semakin tekad!

            Di suatu sudut ada mata yang memandang dengan penuh perasaan benci dan dendam. Dia tidak sangka selera Fatih telah berubah arah. Semenjak dua menjak ini sememangnya Fatih tidak lagi bertemu dan keluar dengannya. Apabila diajak seribu alasan di cipta oleh lelaki itu, konon-kononya busy dengan kerja luar. Rupa-rupanya kerja luar dengan perempuan ni! Kurang ajar punya jantan! Kau tahulah nasib kau!.