Thursday 9 January 2014

Bukan Cinta Halal Part 5


Kali ini sudah kali ke-empat Fatih berjaya memujuk Ain untuk mengajarnya subjek akaun. Di lihatnya Ain tekun membaca buku nota ditangannya, sudah tidak dibawanya novelnya itu, mungkin dah habis dibaca. “ Ain..” panggil Fatih, sambil memusing-musingkan pen di tangannya. Sekilas Ain mendongak, buku notanya dikepit dengan jarinya, untuk dijadikan penanda mungkin.

“ Kenapa, tak faham bahagian mana? “. Tanya Ain, dia sudah bersedia untuk memberi tunjuk ajar.

“ Bukan tak faham.. saya just nak bagitahu sesuatu “.  Dia harus berani! Tekad Fatih, sampai bila dia ingin memendam perasaannya ini. Lagipun Ain sekarang sudah makin baik dengannya tidak segarang dulu.

Ain hanya memandang muka Fatih, menunggu apa yang ingin diberitahu oleh Fatih.

“ Saya cintakan awak Ain ”. Jelas dan terang.Tanpa berkias bagai Fatih straight to the point. Itu yang dia mahu luahkan, jadi buat apa dia ingin pusing-pusingkan lagi.

Ain terpana, buku yang disepitkan dengan jari hampir jatuh ke lantai. Anak mata Fatih yang bercahaya itu menikam jauh ke dasar anak matanya. Terpaku dia sejenak, tidak tahu reaksi apa yang dia harus berikan. Bukan ini yang dia mahukan.

“ Ain saya tahu awak tak cintakan saya, tapi tak salah kalau awak beri peluang kepada saya untuk bertapak di hati awak dan awak tolonglah buka hati awk untuk terim.......”.

Stop Fatih! Awak jangan ingat saya baik dengan awak, awak boleh minta yang bukan-bukan dengan saya! “. Tengking Ain agak kuat, mata-mata lain mula memandang drama sebabak ini. Dia tidak peduli. “ Mulai hari ini awak jangan call or ganggu saya lagi ”. Sambung Ain lagi. Dia sudah tidak betah lagi berhadapan dengan Fatih selepas apa yang didengarnya tadi. Dikemaskan barang-barangnya, lalu secepat mungkin dia beredar di meja itu.

Terkesima Fatih mendengar bicara Ain, takkan dia meluahkan perasaannya Ain sudah memutuskan hubungan persahabatan yang baru terjalin ini. Fatih mengeluh kasar. Kesal dengan sikap Ain yang terburu-buru membuat keputusan. Dia bukan memaksa untuk Ain jatuh cinta dengannya, tetapi tidak bolehkan dia diberikan sedikit peluang? Tidak layakkah dia?. Fatih bangun dari tempat duduknya, dia perlu dapatkan penjelasan Ain.

Hujan sudah mula laju merintik-rintik membasahi bumi Sintok, selaju langkah Ain meninggalkan perkarangan library. Dia tidak sangka Fatih seberani itu meluahkan perasaan kepadanya. Sedangkan Fatih sudah sedia maklum bahawa dia tidak ingin bercinta semasa alam pengajian. Dari arah belakang, sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil berkali-kali oleh seseorang. Dia sudah terlalu arif dengan suara itu. Makin dekat suara itu mencecah gegedangan telingannya, makin laju langkahnya. Hampir terjatuh dia, apabila begnya direntap kasar dari arah sisi kanannya.

“ Fatih awak ni dah gila ke hah?? “. Kuat suara Ain menjerkah Fatih. Tidak dia sangka Fatih akan mengejarnya.

“ Iya, memang saya gila, gila sebab awak yang tak nak faham tentang perasaan saya dan tak nak memberi saya peluang untuk mengenali awak “. Suara Fatih juga turut melengking kuat. Dia sudah hampir hilang sabar dengan Ain yang suka mengelak daripada berbicara soal hati.
“ Hahaha..awak dah kenal saya Fatih dan awak dah tahu saya tak suka terlibat dalam soal perasaan”. Ain pura-pura tergelak kecil. Dia sudah menyatakan pendiriannya dari dulu lagi. Kenapa hari ini Fatih masih mempersoalkannya?.

Fatih meraup rambutnya kebelakang, titisan-tisan air hujan sudah mula semakin membesar. “  Tak boleh ke awak beri saya satu peluang untuk membuktikan saya benar-benar ingin menjadikan awak sebahagian daripada hidup awak “. Fatih masih lagi berharap Ain akan mengubah keputusannya.

Ain mengeleng-geleng kepalanya, air hujan yang menimpa dirinya tidak lagi dihiraukannya. “ Tak... selama-selamanya tak akan Fatih.. tak akan cinta ini buat awak Fatih “. Terasa serbu dadanya saat mengucapkan kata-kata itu. Seraya itu dia meninggalkan Fatih yang jelas kecewa dengan pengakuannya itu.

Fatih diam tidak terkata saat Ain menuturkan kata-kata yang jelas merobek jiwanya. Langkah Ain dipandang sepi, dipegang dadanya yang terasa sakit, seolah-olah nyawanya melayang membuntuti langkah Ain. hujan mula lebat menimpa tubuhnya, selebat tanggisan hatinya yang kecewa dengan penolakkan Ain. Argghh sakitnya dicengkam perasaan yang tidak berbalas, adakah rasa sebegini yang dirasai oleh setiap gadis yang meluah cinta kepadanya dan ditolak mentah-mentah olehnya.  Adakah dia patut beralah dengan keputusan Ain? Lupakan Ain!. Tekadnya.

Ain menyarung kasutnya tergesa-gesa, dia sudah lewat mahu pergi ke kelas. Gara-gara maratton untuk menyiapkan assignment semalam, hampir pukul 4 pagi dia tidur. Hasilnya, dia terlajak tidur nasib baik dia period sekarang kalau tak dah terbabas subuhnya.

Pintu dewan bilik kuliah ditolaknya kuat, menyebabkan semua pelajar lain memandang ke arahnya, tidak terkecuali lecturenya.. tunduk hormat diberikannya memohon minta maaf atas kelewatannya. En. Fadzil hanya menganguk tanda memaaf dan mengizinkannya mengikuti kuliah tersebut.

“ Apasal kau lambat sangat nie, setenggah jam woii”. Tanya Maira berbisik selepas Ain mengambil tempat duduk disebelahnya.

“ Terbabas tidur.. “. Jawab Ain sepatah. Matanya terus tunak memandang ke hadapan, dia perlu fokus.

“ Ain,  dah 3 hari aku perasaan yang kau macam tak sihat je “. Tanya Maira, dia perasaan sejak 2 3 hari ini Ain suka termenung dan tidak fokus dalam kelas. Bila ditanya katanya ok.

“ Aku ok je, kenapa? “. Tanya Ain balik. Jus oren dihadapannya disedut sedikit. Hari ini mereka sarapan di Cafe Merah, Cafe kesukaan Fatih. Fatih? Dah hampir seminggu dia tidak melihat wajah itu.

“ Ok apa?, macam orang putus cinta lagaknya... Ohh Fatih mana ya?, dah lama aku tengok dia tak kacau kau. Kat Cafe ni pun dia tak ada, biasanya ada ternampak juga dia lepak-lepak “. Kepalanya dipusing-pusing mencari kelibat Fatih, kot-kot ternampak. Pelik juga Maira, biasanya waktu-waktu begini akan ada Fatih datang menyempit duduk semeja dengan Ain. Ke bergaduh dua orang ni?. Tekanya, apabila melihat Ain macam tidak peduli pertanyaannya. Sah gaduh!

“ Ain kau nak tak kenapa Fatih tak kacau kau dalam seminggu ni? “. Disiku lengan sahabatnya itu.

Ain buat tidak peduli dengan pertanyaan Maira. Dia tekun menulis nota kenegaraan. Dia tekad tidak mahu ada kena-mengena dengan Fatih lagi.

“ Urmm teruk juga erkk, deman sampai masuk wad bagai..”. Ujar Maira seolah-olah bercakap dengan dirinya sendiri. Pantas kepala Ain mendongak memandang wajah sahabat baiknya itu. Yes! Jerit hati Maira, akhirnya dia berjaya menarik perhatian Ain.

“ Deman? Masuk wad? Kat mana? Dah ok ke dia?”. Tanya Ain sedikit blur. Sebab diakah Fatih deman ?. Dia pun ditimpa selsema 2 3 hari lepas gara-gara bermandikan air hujan.
“ Iyalah, Hospital Jitra, 3 hari kena tahan kat wad, ok ke tak, tak tahu lah aku. Tapi sampai masuk wad, tentu tak ok. Fatih tak bagitahu kau ke? Ke kau gaduh dengan dia? ”. Teragak-agak Maira bertanya, bimbang menguris perasaan kawannya itu. Di lihatnya, Ain sedikit gelabah selepas mengetahui keadaan Fatih. 

“ Mana kau tahu semua ni? “.  Tanya ain sedikit curiga. Setahunya Maira tidak suka dia berkawan rapat dengan Fatih.

“ Mana lagi, Si Tirah mulut murai tu lah, dia kan AJK Go-Kart, tentulah dia tahu kenapa Fatih tidak hadir latihan “. Terang Maira, dia tahu pun sebab kebetulan jumpa Tirah dan sempat sembang-sembang sikit.

Diangkat telefonnya, kemudian diletakkan balik. Sudah berkali-kali dia angkat, letak telefonnya. Dia ragu-ragu untuk menghubungi Fatih, hatinya meronta-ronta ingin mengetahui keadaan sebenar Fatih. Selepas dikhabarkan oleh Maira tadi, hatinya runsing, bimbang dan gelisah. Sudah sihatkah Fatih?. Pelbagai soalan lain lagi bermain dimindanya. Dikuatkan hatinya untuk mendail nombor Fatih bagi menghilangkan kegusaran benaknya, tiba-tiba..

Bunyi pintu bilik dikuak kasar, menyebabkan Ain terperanjat kecil, dia kemudiannya meletakkan kembali telefonnya di sisi katil. Mimi dah balik. Tanpa bertegur sapa, Mimi menghempaskan tubuhnya ke katil dan zzzzzzz. Ain memandang sepi telefonnya, semangatnya untuk mengbungi Fatih telah hilang dengan bunyi dentuman pintu bilik yang ditutup kasar oleh Mimi. Mimi semakin hari semakin dingin dengannya. Bila ditegur, satu perkataan pun tidak dijawabnya. Akhirnya dia pun turut diam, sudah tidak tahu bagaimana cara untuk menegur gadis berhati batu itu.




No comments:

Post a Comment