Thursday 9 January 2014

Bukan Cinta Halal part 3


“ Mana ada..pandai-pandai kau je Tirah. Aku bukan suka dia pun, Cuma aku rimas telefon asyik berbunyi dari tadi lagi ”. Nafi Ain menolak telahan Tirah jiran sebelah biliknya. Jikalau ada masa yang terluang memang rajin benar Si Tirah tu datang melepak dibiliknya. Dia pun tidak di timpa kebosanan sangat kerana Mimi susah nak nampak batang hidungnya, jarang sangat berada dalam bilik. Dia sebenarnya sakit kepala mendengar telefon asyik berdering. Tadi pun kali ke enam telefon Samsung Galaxy Advance miliknya berdering baru diangkat. Siapa yang rajin yang amat menghubunginya berulang kali kalau tidak  bukan Ahmad Hulwan Fatih. Dari mana fatih ambil nombor dia tidak tahu.

“ Aku dengar syok je kau cakap dengan mamat tu.. malu lah tu nak mengaku ”.  Giat Tirah mengusik Ain sampai kemerah-merahan pipi kawanya itu. Malu sangat!.

            Ain buat muka kaku, malas nak layan perangai Tirah yang suka mengusik tu. Matanya terus fokus pada laptop. Assignment Urbanisasi ini banyak menuntut kefahaman, jadi dia harus fokus. Lagipun niat hatinya hanya mahu belajar, lelaki dan cinta harus ditolak ke tepi buat masa sekarang. Fatih callnya tadi pun sekadar ingin bertanya sama ada dia suka tidak Coklat pemberiannya kelmarin.

            “ Aku dengar Fatih ada bagi kau coklat dan Teddy Bears, tapi tak nampak pun dalam bilik kau ni. Mana kau sorok erk? ”.

Melilau-lilau mata Tirah mencari benda alah tu. Busy body betul Tirah ni. Coklat pemberian Fatih itu habis di bedal Maira kelmarin jugak. Kata Maira, kawan baik kena kongsi semua benda.. iyalar tu.. Teddy bears pulak, awal-awal lagi dia sumbat dalam almari, nasib baik kecik senang untuk di sorok. Dia bimbang jika Mimi ternampak, dan menyebabkan Mimi fikir bukan-bukan pulak pasal dia dan Fatih. Lagipun dia tahu, Mimi minat dengan Fatih.

             “ Ain, aku rasa Fatih tu memang sukakan..... ”.

       “ Fatih suka siapa? ”. Potong Mimi Nabila, tajam memandang Tirah yang masih bertenggek kat katil milik Ain.

               Terasa kesat air liur Tirah untuk ditelan memandang anak mata Mimi yang mencerlung tajam ke arahnya. “ Aaaa..Fatih suka...”. Tergagap-gagap Tirah ingin menjawab balik. Bala, bala!

              “ Fatih kan suka main Go-kart, jadi Tirah ni nak jadi penyokong Fatih esok, tu je”. Dalih Ain. Dia pula yang tolong jawab untuk Tirah, bimbang Tirah tersalah sebut namanya pula. Nanti jadi masalah dia dengan Mimi.

          “Apasal kau pulak nak jadi penyokong Fatih?”. Tanya Mimi lagi, dia sedikit curiga dengan dua orang sahabat ini. Macam menyembunyikan sesuatu daripadanya.

             “Laa.. kan Tirah ni AJK  bagi aktiviti litar, tak salah dia nak sokong Fatih”. Ain tetap mempertahankan Tirah.

          Tirah pula terkebil-kebil memandang mereka berdua, tak tahu nak mencelah apa, dibiarkan Ain menjawab bagi pihaknya. “ Err aku keluar dulu lah iya Ain.. nanti kita sembang lagi.. Bye..”. Cepat-cepat  Tirah keluar dari bilik Ain, malas dia nak mendengar coloteh mereka berdua, nanti tak pasal-pasal dia yang kena.

           Ain hanya memandang langkah laju Tirah. Ermm kelam kabut melarikan diri, takut sangat dia dengan Mimi tu. Biasanya kalau Mimi ada dalam bilik memang jarang Si Tirah datang ke biliknya. Mimi pula dah terbongkang atas katil, penat sangat agaknya tu. Bunyi mesej daripada telefonya mengejut lamunannya. Segera dicapai telefon pintarnya, inbox dibuka. Fatih.
            
        “ Bukan macam tu lah.. eei awak ni, dah berapa kali saya ulang.. asyik buat kesalahan sama je”. Rungut Ain, geram dia dengan Fatih ni yang tak reti-reti nak buat kunci kira-kira. Sejak sebulan mengenali Fatih, hari ini dia mencatat sejarah apabila dia bersetuju untuk keluar dengan Fatih. Bukan keluar dating, tetapi keluar untuk mengajar Fatih subjek akaun. Tak pasal-pasal dia jadi mangsa kerana sebungkus Nasi Lemak. Ini semua Tirah punya pasal!.

“ Habis buat macam mana? ”. Tanya Fatih seolah-olah blur dengan soalan akaun dihadapannya ini. Saja je dia berlakon tidak mahir dalam subjek akaun. Selepas mendapat maklumat daripada Maira yang Ain ni, teror dalam akaun terus dia jadikan subjek akaun sebagai mangsanya. Dia juga harus berterima kasih dengan Tirah mulut murai tu, kerana membantunya dalam agenda Nasi Lemak.
            
         “ Hish! Tengok sini balik.. jumlah kredit dan debit ni kan tak balance, awak kena lah buat.....”.

           Ain dengan lincahnya menconteng kertas latihan Fatih. Satu persatu ditunjukkan jalan penyelesaiannya. Namun tidak bagi Fatih, kata-kata ilmu daripada mulut Ain hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Diteliti wajah Ain dari dekat, terlalu asyik dia memandang bibir mulut kecil itu mengeluarkan patah-patah perkataan. Tangannya mula naik menongkak dagu, memandang dengan penuh rasa kasih. Betapa Ain Nazrah mempunyai raut wajah yang cantik dan mempunyai sikat yang agak mencabar untuk dia pikat. Dia benar-benar panasaran!

          “ Hah faham tak? Cuba awak buat soalan no.6 ni. ” Ujar Ain lalu mengangkat wajahnya sedikit untuk melihat respon lelaki tersebut. Sedikit terpana dia apabila menyedari Fatih berada begitu dekat dengannya. Mata lelaki itu tepat memandangnya dengan senyuman manis diberikan. Ain sedikit gelabah dengan panahan mata lelaki itu, membuatkan rona wajahnya bertukar sedikit merah-kemerahan. Dianjak tubuhnya ke belakang, menjarakkan dirinya dengan Fatih yang terlalu menghimpit tubuhnya.

           Pandangan redup penuh dengan harapan dan selebar senyuman dihadiahkan untuk Ain. Dia tahu Ain terkejut dan tidak selesa dengan keadaan ketika ini. Wajah Ain yang merah itu ditatap dengan letusan ketawa yang agak menggoda. Gadis itu memang agak pemalu di sebalik ketegasan yang dipamerkannya.

            "Sorry, tak sedar ”. Ucap Fatih sambil mengeliatkan tubuh. Lenguh badannya menunduk untuk memandang Ain. Tetapi berbaloi, detak hatinya.

          “ Saya balik dulu lar, lagipun dah lewat dah ni ”. Terus dia bangun daripada kerusi kafe The Mall. Tanpa memandang Fatih sebelahnya itu, ligat tangannya mengemas buku miliknya yang dipinjam daripada Perpustakaan Sultanah Bahiyah tadi.

           Fatih terpingga-pingga, cepatnya dah nak balik. “ Habis tu soalan no.6 ni macam mana? ”. Laju mulutnya bertanya, sedikit gusar hatinya apabila Ain meminta diri untuk pulang. Dia belum puas menatap wajah gadis itu lagi.

        “ Kan tadi saya dah ajar, kalau awak masih tak faham, esok tanya lecture awak. Saya bukan cikgu akaun pun nak ajar lebih mendalam. Okay, Assalamualaikum ”. Terus ain membuka langkahnya meninggalkan Fatih yang masih menunujukan reaksi muka tidak puas hati. Lantak dia lah!

      “ Waalaikummusalam ”.  Jawab Fatih sedikit lemah, matanya memandang langkah bersemangat Ain. Laju saja meninggalkan dirinya terkontang-kanting di meja kafe ini. Segala kertas dan buku-buku lakonanya, di susun kemas. Tergelak sendiri dia memandang buku akaun yang tiada bersakut paut dengan bidangnya pun. Hari sudah semakin petang, dia pun mahu pulang ke Dpp Proton, dia mandi dan tidur. Penat berkejar dengan waktu kuliah dan temu janji dia dengan Ain. Belum sempat dia menyandang begnya. Suara itu datang menerpa telingganya kembali.

        “ Opss satu lagi, kira hutang Nasi Lemak tu dah selesai lah iya? ”. Segaris senyum dihulurkannya. Tanpa meminta atau menunggu balasan Fatih, Ain terus memusingkan badannya dan berlalu daripada meja tersebut. Lega hatinya kini, ini semua gara-gara dia tersalah memakan Nasi lemak Fatih, nak dijadikan cerita dia dan Tirah keluar untuk sarapan di Lego, tiba-tiba dia terasa nak terbuang air kecil, terus dia meminta Tirah membelikannya Nasi Lemak. Sejurus keluar daripada tandas, dia terus memakan Nasi lemak yang berada di hadapan Tirah. Dia ingatkan dia punya, tetapi Nasi Lemak itu sebenarnya Fatih yang punya! Yang dia geram Tirah hanya tersenyum memandang dia makan Nasi Lemak Fatih. Arghh kejam! Tirah saja nak mengenakannya. Apabila dia ingin membayar Fatih pula yang menolak, akibatnya terjadilah ‘temu janji akademik’ sekarang.

            Tanpa sebarang kata Fatih hanya mampu tersenyum simpul. Cukup indah perasaannya sekarang. Tidak pernah lagi Ain mensedekahkan senyuman manis untuknya. Hanya kata-kata penolakan dan suara garang gadis itu selalu yang dia dapat. Namun, itu lebih baik daripada Ain menolak dia secara terus. Dia harus meluahkan perasaanya ini, kalau tiadak sampai bila pun Ain akan terus bersikap dingin dengannya. Bisikan semangat yang lahir dari hatinya itu membuatkan dia semakin tekad!

            Di suatu sudut ada mata yang memandang dengan penuh perasaan benci dan dendam. Dia tidak sangka selera Fatih telah berubah arah. Semenjak dua menjak ini sememangnya Fatih tidak lagi bertemu dan keluar dengannya. Apabila diajak seribu alasan di cipta oleh lelaki itu, konon-kononya busy dengan kerja luar. Rupa-rupanya kerja luar dengan perempuan ni! Kurang ajar punya jantan! Kau tahulah nasib kau!.






No comments:

Post a Comment